UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama

UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama
link : UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama

Baca juga


UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama

KUALA LUMPUR – UMNO boleh menawan semula  Selangor jika seluruh barisan kepimpinan peringkat akar umbi bekerjasama dan menyelesaikan apa juga masalah yang timbul semasa pilihan raya umum lalu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden parti itu berkata ini kerana kebanyakan kerusi UMNO dan Barisan Nasional terlepas ke tangan pembangkang dengan majoriti tipis.

“Kita kalah tipis seperti apa yang berlaku di Gombak. Saya percaya kita boleh memenanginya semula. Tapi kita tidak boleh terlalu bergantung kepada kepimpinan di peringkat atas seperti hanya berharap kepada Tan Sri Noh Omar (Pengerusi UMNO dan BN Selangor).

“Jangan biarkan Noh dan kepimpinan bertarung bersendirian, perlu ada kerjasama daripada bala tentera (anggota UMNO) untuk memenangi Selangor semula,” katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Gombak hari ini yang turut dihadiri  Noh dan Ketua UMNO Bahagian Gombak Datuk Abdul Rahim Kamarudin.

Ahmad Zahid berkata UMNO perlu mengambil peluang daripada kerapuhan kem pembangkang yang masih tiada kesepakatan dalam kerjasama selain sering bertelagah dalam soal kepimpinan.

“Saya ingin ingatkan sekali lagi bahawa pembangkang kini cedera teruk dan UMNO khasnya di Selangor, perlu menjaga kawasan masing-masing, bekerjasama, jangan bergaduh sesama sendiri untuk menawan semula negeri ini.

“Kita tidak mahu Malaysia dan Selangor ini dipecahbelahkan dengan hak rakyat dinafikan. Cukuplah. Mulai hari ini kita rampas Selangor bermula dari Gombak. Kelak, kita boleh terjemahkan agenda yang lebih besar untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata UMNO perlu menjadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran apabila jasa parti membangunkan Selangor diketepikan menerusi permainan populis pembangkang sehingga golongan atas pagar dan rakyat terpengaruh, menyebabkan negeri itu jatuh ke tangan pembangkang.

“Kita tanam pokok, berbuah, tapi hasilnya orang lain ambil, kita pula jadi penonton, sepatutnya hasil itu kita punya. Perkara ini juga berlaku di Pulau Pinang,” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama

Sekianlah artikel UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Boleh Tawan Semula Selangor Jika Ada Kerjasama dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/umno-boleh-tawan-semula-selangor-jika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :