UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14

UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14 - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14
link : UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14

Baca juga


UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14

KANGAR – Pergerakan Wanita UMNO Perlis menyokong penuh saranan Ketua Perhubungan UMNO negeri Datuk Seri Dr Shahidan Kassim supaya pucuk pimpinan parti tidak meletakkan calon ‘payung terjun’ untuk bertanding di negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Ketuanya Rela Ahmad berkata kepimpinan pusat juga tidak perlu mengimport orang luar atau yang tidak aktif dalam parti untuk menjadi calon di Perlis.

“Kenapa perlu ambil mereka (orang luar atau yang tidak aktif) sedangkan terdapat banyak pemimpin lain di peringkat bahagian dan cawangan yang bertungkus-lumus memperjuangkan parti dan diterima oleh masyatakat,” katanya.

Rela mengulas kenyataan Shahidan baru-baru ini bahawa UMNO Perlis ‘mengharamkan’ calon payung terjun untuk bertanding dalam PRU-14 kerana menjadi beban kepada parti selain tidak adil kepada mereka yang bekerja keras melaksanakan pelbagai program parti dan sentiasa turun padang.

“Saya  berharap pucuk pimpinan parti mengambil kira pandangan ahli akar umbi agar peluang Barisan Nasional  memenangi piliharan bertambah cerah,” katanya.

Katanya Shahidan yang turut memberi peluang kepada lebih ramai calon wanita untuk dipilih menjadi calon adalah positif kerana sayap Wanita  banyak menyumbang kepada kejayaan UMNO.

Perlis mempunyai dua anggota dewan undangan negeri wanita iaitu Asmaiza Ahmad (DUN Chuping) dan Rela (DUN Bintong), kedua-duanya daripada UMNO.

Kedua-duanya juga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14

Sekianlah artikel UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UMNO Perlis Sokong Tiada Calon ‘Payung Terjun’ PRU 14 dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/umno-perlis-sokong-tiada-calon-payung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :