link : Undang-Undang Islam Mesti Selari Dengan Hak Asasi Antarabangsa
Undang-Undang Islam Mesti Selari Dengan Hak Asasi Antarabangsa
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) menasihati pihak yang terlibat dalam perundangan Islam di negara ini perlu memastikan undang-undang berkaitan keagamaan di Malaysia mesti selari dengan hak asasi manusia antarabangsa.
Pengerusinya, Tan Sri Razali Ismail berkata, meskipun perihal agama dibawah kerajaan negeri masing-masing, tetapi kerajaan Kelantan mesti patuh terhadap kewajipan mereka di bawah undang-undang antarabangsa.
“Suhakam berpendirian sebat adalah satu hukuman yang kejam dan tidak berperikemanusiaan dan tiada unsur pemilihan. Hukuman rotan melanggar larangan mutlak penyeksaan di bawah undang-undang antarabangsa.
“Ia sama sekali dilarang oleh perjanjian hak asasi manusia antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Beliau berkata demikian bagi membantah ketetapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang membolehkan hukuman sebat terhadap pesalah dijalankan di tempat terbuka.
Enakmen itu merupakan sebahagian daripada persiapan Kerajaan Pas Kelantan untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan 1993 (2015) sekiranya Rang Undang-Undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) diluluskan di Dewan Rakyat kelak.
Pembetangan RUU355 di Parlimen sebelum ini dibantah hebat oleh pemimpin Pakatan Harapan terutama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana mendakwa ia strategi halus PAS untuk melaksanakan perundangan Islam di Kelantan. – MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Undang-Undang Islam Mesti Selari Dengan Hak Asasi Antarabangsa
Anda sekarang membaca artikel Undang-Undang Islam Mesti Selari Dengan Hak Asasi Antarabangsa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/undang-undang-islam-mesti-selari-dengan.html