[UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli

[UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul [UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : [UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli
link : [UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli

Baca juga


[UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli

DATUK kepada pelajar lelaki berusia 13 tahun dari sekolah menengah di Sri Aman yang meletakkan racun lipas dalam mi goreng dan dimakan pelajar lain membuat laporan polis petang ini kerana mendakwa cucunya dibuli mangsa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata, lelaki berusia 65 tahun itu membuat laporan polis di Balai Polis Sri Aman pada 5 petang hari ini.

Menurutnya, berdasarkan laporan yang dibuat lelaki itu mendakwa cucunya sering dibuli mangsa yang juga berusia 13 tahun di sekolah.

"Suspek juga mendakwa mangsa sering meminta wang dan makanan daripadanya sebelum ini.

"Polis akan menjalankan siasatan berhubung laporan itu sama ada ia mempunyai kaitan dengan kejadian meletakkan racun dalam makanan yang dilakukan suspek," katanya.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan seorang pelajar sekolah menengah di Sri Aman dikejarkan ke hospital kerana muntah selepas makan mi yang mengandungi racun lipas, pagi semalam.

Kejadian kira-kira 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa terpaksa menerima rawatan di Hospital Sri Aman sehingga kini.

Suspek yang juga rakan sekelasnya ditahan polis petang semalam susulan laporan polis yang diterima daripada bapa mangsa pada hari yang sama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan racun dan suspek dibebaskan dengan jaminan polis.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel [UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli

Sekianlah artikel [UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel [UPDATE] Datuk suspek dakwa cucunya mangsa buli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/update-datuk-suspek-dakwa-cucunya.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :