Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan

Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan
link : Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan

Baca juga


Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan

TUMPAT – Usah wujudkan polemik yang tidak munasabah dan tidak masuk akal berhubung hukuman sebat di tempat umum bagi negeri Kelantan yang terdapat dalam Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Rabu lepas.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ada pihak yang tidak “berpijak di bumi nyata” seolah-seolah tidak memahami kerangka perundangan negara dengan mendakwa perkara itu akan menggugat kedudukan orang bukan Islam.

“Ini hanya berkaitan dengan orang Islam dan hanya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Empower ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) Tumpat di sini, hari ini.

Rabu lepas, persidangan DUN Kelantan meluluskan Rang Undang-Undang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah 2002 (Pindaan 2017) yang antara lainnya membolehkan hukuman sebat dijalankan di khalayak ramai. 

Asyraf Wajdi berharap semua pihak menghormati keputusan yang dibuat oleh DUN Kelantan berkaitan hukuman berkenaan kerana ia masih berada dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, mengenai program Empower ECER Tumpat, beliau berkata sejak program tersebut dilaksanakan pada 2015, ia telah membantu melahirkan modal insan yang lebih cemerlang termasuk pelajar sekolah dan usahawan.

Asyraf Wajdi berkata kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menggandakan usaha bagi membantu rakyat terutama di kawasan luar bandar untuk turut sama menikmati perkembangan sosio ekonomi negara.

Setakat ini seramai 600 pelajar sekolah mengikuti program latihan akademik dan 200 peserta dewasa menyertai program latihan kemahiran dan keusahawanan di jajahan Tumpat. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan

Sekianlah artikel Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Usah Polemikkan Hukuman Sebat Di Kelantan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/usah-polemikkan-hukuman-sebat-di.html

Subscribe to receive free email updates: