UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang

UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang
link : UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang

Baca juga


UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang

BATU PAHAT – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bakal menjadi institusi pengajian tinggi (IPT) pertama di rantau Asia Tenggara yang memiliki lapangan terbangnya sendiri.

Lapangan Terbang Tanjung Laboh terletak kira-kira 25 kilometer dari kampus utamanya di Parit Raja di sini akan dibangunkan mulai tahun depan dengan kos permulaan RM10 juta sebagai kampus penerbangan bersepadu.

Ketua Jabatan Kejuruteraan Aeronautik Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan UTHM, Prof. Madya Dr. Zamri Omar berkata, usaha untuk mendapatkan serta memajukan lapangan terbang itu dilaksanakan sejak 2003.

Beliau berkata, terminal yang sudah wujud sejak Perang Dunia Kedua itu akan dibuka sebagai Fakulti Auronautik dan bakal dijadikan kampus utama fakulti berkenaan untuk latih juruterbang serta jurutera penyenggaraan pesawat.

“Lapangan terbang ini sebenarnya mempunyai landasan sepanjang 1,000 meter yang langsung menghadap Selat Melaka dan akan dibangunkan dengan pelbagai kemudahan lengkap termasuk tempat simpanan pesawat.

“Ia juga bakal memiliki kemudahan Kawalan Trafik Udara (ATC) yang diiktiraf Jabatan Penerbangan Awam (DCA), ruang pejabat, dewan kuliah, bangunan fakulti selain kolej kediaman pelajar,” jelas Zamri kepada sebuah akhbar.

Buat masa ini ujarnya, UTHM menawarkan dua pilihan dalam program sarjana muda aeronautik, iaitu pelajar boleh memilih sama ada untuk mengambil pelesenan juruterbang atau pelesenan jurutera penyenggaraan pesawat.

“Menerusi program ini, setiap pelajar tidak perlu lagi membuat pilihan sama ada untuk melanjutkan pengajian mereka di universiti lain atau di pusat latihan penerbangan bagi mendapatkan lesen juruterbang atau jurutera.

“Malah pengajian sarjana muda dan latihan pelesenan penerbangan akan dilaksanakan serentak. Pelajar berupaya untuk menyelesaikan kedua-dua aspek pengajian ini hanya dalam tempoh empat tahun,” kata Zamri.

Beliau bahkan menambah bahawa program yang ditawarkan oleh pihak UTHM itu turut mendapat permintaan baik daripada pelajar luar negara sendiri termasuk India dan China. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang

Sekianlah artikel UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel UTHM, IPT Pertama Asia Tenggara Ada Lapangan Terbang dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/uthm-ipt-pertama-asia-tenggara-ada.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :