link : Video: Bini Orang Kantoi Dicekup Bersama Mat Bangla
Video: Bini Orang Kantoi Dicekup Bersama Mat Bangla
ALOR SETAR – Seorang wanita ditangkap ketika melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya bersama seorang pendatang asing warga Bangladesh.
Dalam kejadian di Taman Jubli, di sini, kelmarin, wanita terbabit yang juga merupakan isteri orang dicekup orang ramai setelah menerima laporan daripada penduduk di kawasan tersebut.
Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 39 saat, wanita itu pada mulanya dilihat cuba mempertahankan lelaki warga asing itu dengan cuba melindungi wajah warga asing itu.
Malah dia turut dilihat cuba menolak beberapa kali individu yang merakam kejadian.
“Ada lelaki tapi ikut jantan lain, bodoh,” ujar perakam video.
Wanita itu kemudian mendakwa teman lelaki itu merupakan seorang individu yang baik, sopan dan lebih bagus berbanding lelaki.
Tidak setakat itu, dia turut mempersoalkan mengapa hanya golongan lelaki sahaja yang boleh ‘diterima’ melakukan maksiat berbanding golongan wanita.
“Lelaki buat semua boleh saja tapi kalau perempuan buat semua salah,” kata wanita itu dalam loghat Kedah.
Tambah wanita itu, dia turut mendakwa tindakannya itu adalah kerelaan dirinya sendiri mengikut teman lelakinya ke rumah konsong terbabit.
Sementara itu netizen yang menyaksikan rakaman rata-ratanya mengecam teruk perlakuan biadap wanita itu yang secara jelas telah meruntuhkan rumah tangganya dan tidak kurang juga beranggap wanita itu sememang seorang yang jahil dengan agama Islam. -MYNEWSHUB.CC
Loading...
Demikianlah Artikel Video: Bini Orang Kantoi Dicekup Bersama Mat Bangla
Anda sekarang membaca artikel Video: Bini Orang Kantoi Dicekup Bersama Mat Bangla dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/video-bini-orang-kantoi-dicekup-bersama.html