Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank

Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank
link : Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank

Baca juga


Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank


SEORANG kanak-kanak perempuan di China maut secara tragis setelah terjatuh dari tingkat 18 bangunan kediamannya minggu lalu.

Lapor portal Shanghaiist, dalam kejadian di sebuah apartment di wilayah Hunan itu, mangsa, Lili, 2, sebelum itu menaiki lif bersama dua orang rakannya ke tingkat 9.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), sebelum mereka bertiga tiba di tingkat 9, salah seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun kelihatan terlompat-lompat untuk cuba menekan butang tingkat yang paling tinggi.


Sebaik saja tiba, mereka bertiga keluar dari lif tersebut. Bagaimanapun, kanak-kanak lelaki yang sama mengangkat badan Lili dan meletakkannya semula dalam lif sambil memerhatikan pintu lif tertutup.

Lili kemudian dibawa naik ke tingkat 18. Panik dengan keadaan itu, Lili menangis dan menepuk-nepuk pintu lif agar ia terbuka.

Malangnya, bahagian tingkap di tingkat 18 bangunan itu tidak mempunyai kaca atau jeriji, menyebabkan mangsa yang berjalan ke luar secara tidak sengaja terjatuh dari tingkap dan maut di tempat kejadian.

Tragedi itu mencetuskan kemarahan netizen yang menyalahkan kanak-kanak lelaki itu menjadi punca kematian mangsa, selain ibu bapa mangsa yang gagal mengawasi anak mereka. – MYNEWSHUB.CC

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank

Sekianlah artikel Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Video: Kanak-Kanak 2 Tahun Maut Gara-Gara Prank dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/video-kanak-kanak-2-tahun-maut-gara_12.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :