Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri

Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri
link : Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri

Baca juga


Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri

WASHINGTON DC – Vokalis kumpulan metal terkenal, Linkin Park, Chester Bennington dijumpai mati tergantung di rumahnya semalam, dipercayai akibat membunuh dirinya sendiri.

Pejabat koroner Los Angeles di California berkata, mereka menerima panggilan jam 9 pagi Khamis (waktu tempatan) yang memaklumkan mengenai penemuan mayat Bennington di kediaman mewahnya di Palos Verdes.

Media Amerika Syarikat (AS) melaporkan ketua operasi pejabat tersebut, Brian Elias berkata, kes kematian secara mengejut artis berkenaan disifatkan sebagai kejadian bunuh diri tanpa ada unsur jenayah.

Pemain gitar dan komposer utama Linkin Park, Mike Shinoda dalam status beliau menerusi akaun sosial Twitter dipetik sebagai mengicau: “Terkejut dan sangat sedih, tetapi ia adalah benar”.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, mendiang yang baru berusia 41 tahun pada 20 Mac lalu, secara terbuka mengakui mengenai zaman kanak-kanaknya yang penuh bermasalah di Phoenix, Arizona.

Katanya, beliau didera secara seksual selama bertahun lamanya oleh seorang kenalan keluarga dan bertukar menjadi seorang penagih dadah dan alkohol selepas ibu bapanya bercerai ketika berusia 11 tahun.

Kemarahan Bennington itu disalurkan kepada muzik beraliran ‘heavy metal‘ tetapi apa yang berlaku Linkin Park sebenarnya adalah perintis kepada kebangkitan gelombang muzik ‘nu metal‘.

Ia dikatakan banyak menggabungkan struktur genre pop dan hip hop, membabitkan rap oleh Shinoda di antara beberapa nyanyian dilantunkan Bennington sendiri.

Mendiang pernah berkahwin dengan Samantha Olit pada 1996 namun bercerai pada 2005 sebelum berkahwin pula dengan Talinda Bentley setahun kemudian sehingga ke akhir hayatnya.

Pada Mei lalu, mendiang juga pernah melahirkan perasaan sedih yang begitu mendalam atas kematian rakan karibnya, vokalis kumpulan terkenal Soundgarden, Chris Cornell.

Kematian Bennington dijangka menjejaskan beberapa program Linkin Park yang sepatutnya memulakan siri jelajah bermula minggu depan melibatkan persembahan di stadium bola lisut Citi Field di New York.

Mereka dilaporkan bakal menghiburkan peminat serta bersama-sama dengan beberapa kumpulan terkenal lain, termasuk Blink-182 dan Wu Tang Clan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri

Sekianlah artikel Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Vokalis Linkin Park Ditemui Mati Gantung Diri dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/vokalis-linkin-park-ditemui-mati_21.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :