Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital

Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital
link : Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital

Baca juga


Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital

Kuala Lumpur, 3 Julai: Vokalis kumpulan May, Mustaffa Din atau lebih dikenali sebagai Mus dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur akibat demam panas sejak tiga hari lalu, lapor mStar Online.

MStar dalam satu laporan berkata, isteri Mus yang dikenali sebagai Sue berkata suaminya itu diletakkan dalam keadaan koma oleh doktor susulan keadaannya yang terlalu letih selain bagi membolehkan keadaannya stabil.

"Buat masa sekarang Abang Mus masih berada di zon kritikal HKL, sementara menanti untuk dipindahkan ke wad ICU (Unit Rawatan Rapi).

"Doktor sudah menjalankan beberapa ujian  bagi mengenal pasti keadaannya dan keputusan hanya akan diketahui esok (Selasa)," katanya.

"Abang Mus mengalami demam panas sejak tiga hari lalu dan hari ini (Isnin) keadaannya bertambah lemah sebelum saya menelefon ambulans untuk membawanya ke hospital," katanya lagi.

Ketika ditanya oleh mStar tentang punca kejadian itu berlaku, Sue berkata suaminya itu berada dalam keadaan baik sebelum ini namun dia mungkin mengalami keletihan.

"Buat masa ini susah saya hendak cakap tentang keadaan sebenar dan harapnya tiada yang serius," jelasnya yang mengharap doa semua pihak untuk Mus.

Sumber: mStar Online

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital

Sekianlah artikel Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Volkalis Kumpulan May Dikejarkan ke Hospital dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/volkalis-kumpulan-may-dikejarkan-ke.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :