link : Wakil rakyat, pemimpin UMNO kaut kekayaan peribadi calar imej parti - TPM Ahmad Zahid
Wakil rakyat, pemimpin UMNO kaut kekayaan peribadi calar imej parti - TPM Ahmad Zahid
Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, pemimpin dalam UMNO perlu mengubah sikap bagi menawan hati rakyat.
Katanya, keadaan ini diambil kesempatan oleh pembangkang untuk menanamkan kebencian rakyat terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional."Dalam tempoh lebih 9 tahun mungkin hampir 10, kebencian itu ditanam dan diuar-uarkan. Apa yang kita buat semua serba tidak kena," ujarnya semasa berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kota Kuala Langat pada Ahad.
Jelasnya, biarpun apa perubahan yang dibuat setakat ini, ia belum cukup untuk mengembalikan keyakinan rakyat kerana rakyat mahu semangat UMNO yang dulu.
Katanya lagi, ahli UMNO sepatutnya memberi tumpuan mengubah persepsi rakyat, bukannya banyak membuang masa menyelesaikan isu dalaman parti.
"Seladang patah tanduk apabila bergaduh sesama sendiri. Akhirnya daging seladang dimakan harimau dan keadaan ini yang kita lalui sekarang," katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Wakil rakyat, pemimpin UMNO kaut kekayaan peribadi calar imej parti - TPM Ahmad Zahid
Anda sekarang membaca artikel Wakil rakyat, pemimpin UMNO kaut kekayaan peribadi calar imej parti - TPM Ahmad Zahid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/wakil-rakyat-pemimpin-umno-kaut.html