Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert

Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert
link : Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert

Baca juga


Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert

Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert

Hari Raya pertama berkumpul seisi keluarga. (Gambar: Instagram Ella @ellaaminuddin)

Ketika insan lain sibuk meraikan Aidilfitri bersama sanak-saudara dan keluarga, penyanyi terkenal, Norzila Aminuddin atau Ella pula tak menang tangan menjalani latihan kerana kerana selepas Hari Raya, beliau akan mengadakan sebuah konsert, Kembara Ratu Rock di Esplanade, Singapura pada 22 Julai ini.

Disebabkan itu, kata Ella Lebaran tahun ini diraikan dengan penuh sederhana kerana persediaan lebih kepada konsert yang dianjurkan sempena acara Festival Senimelayu, Pesta Raya itu.

Bersama suami tercinta, Kapten Azhar.

“Pada bulan Ramadan lalu, Ella bersama produksi sudah pun memilih senarai lagu untuk dinyanyikan dalam konsert itu. Ini bermakna, raya tahun ini Ella sibuk dengan persediaan konsert kerana ini adalah konsert Ella di Singapura selepas 10 tahun. Sudah tentu Ella teruja kerana memang sudah lama Ella berhajat untuk membuat persembahan di sana dan baru kini impian itu dimakbulkan,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Bersama 'tulang belakang' Ella, kakak beliau, Jojie.

Sebaik saja mendirikan rumah tangga dengan juruterbang, Azhar Ghazali, lima tahun lalu, penyanyi berusia 50 tahun ini berkata rutin 1 Syawal baginya turut berubah.

Untuk berlaku adil, mereka akan membahagikan masa untuk bersama keluarga kedua-dua belah pihak pada hari raya pertama.

“Kebiasaannya, kami akan terlebih dulu beraya bersama keluarga Ella sebelum bertolak ke Muar, Johor untuk menziarahi keluarga sebelah suami. Memang penat, tetapi kami sudah terbiasa melaluinya. Saya akui suasana beraya di Muar lebih meriah, berbanding di ibu kota.

Ketika photoshoot bersama Datuk Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah.

“Menariknya, di sebelah rumah suami ada restoran makanan segera. Dapat juga Ella menjamah menu kegemaran kerana jarang berpeluang menikmatinya ketika berpuasa,” kata Ella.

Dalam kegembiraan meraikan Lebaran apabila dapat berkumpul bersama adik-beradik pada pagi mulia itu, kata Ella suasana itu tetap tidak akan sama seperti zaman mereka masih solo.

“Sejujurnya, Ella rindu suasana berkumpul beramai-ramai seperti dulu. Susah untuk mendapat peluang itu lagi dan jika berkumpul, tetap tidak akan lengkap. Pun begitu, tradisi berkonvoi mengunjungi rumah ibu dan bapa saudara yang lebih tua masih dikekalkan,” ujar penyanyi berperwatakan manja ini.

Konsert 22 Julai ini untuk peminat di Singapura.

Ditanya apakah dia akan mengadakan rumah terbuka seperti kebanyakan artis lain, Ella berkata perkara itu hanya dilakukannya ketika zaman kemuncak.

“Dulu Ella rajinlah juga buat rumah terbuka tetapi sekarang jarang. Bila sesekali buat, memang tak menang tangan melayan tetamu.

“Tetapi itu dulu. Apabila sudah berumah tangga, peminat tidak lagi menyerbu sesuka hati. Mereka akan pastikan Ella ada di rumah sebelum datang beraya,” katanya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert

Sekianlah artikel Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Walaupun Beraya, Ella Sibuk Dengan Persediaan Konsert dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/walaupun-beraya-ella-sibuk-dengan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :