link : Wang 10 Pound Papar Wajah Jane Austen
Wang 10 Pound Papar Wajah Jane Austen
LONDON – Gabenor Bank of England mendedahkan wang kertas 10 pound baharu memaparkan wajah Jane Austen di salah satu gereja besar utama negara itu, 200 tahun selepas novelis terkemuka Britain itu dikebumikan di situ.
Bercakap di Gereja Besar Winchester di selatan England semalam, Mark Carney berkata, wang kertas itu bertindak sebagai simpanan himpunan kenangan negara, meningkatkan kesedaran mengenai sejarah kegemilangan United Kingdom dan menyerlahkan sumbangan rakyatnya.
Wang kertas 10 pound baru itu, yang dijangka berada dalam edaran pada 14 September ini, adalah usaha terbaharu bank menjadikan ia lebih selamat.
Ia dicetak atas polimer, seperti wang kertas lima pound yang dilancarkan semula baru-baru ini, memaparkan wajah Winston Churchill.
Austen, yang meninggal dunia pada usia 41 tahun, ialah penulis novel klasik, ‘Sense and Sensibility’ dan ‘Pride and Prejudice’. – AP/BH ONLINE
Loading...
Demikianlah Artikel Wang 10 Pound Papar Wajah Jane Austen
Anda sekarang membaca artikel Wang 10 Pound Papar Wajah Jane Austen dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/wang-10-pound-papar-wajah-jane-austen.html