link : Wanita bermaruah tidak patut jadi model promosikan jualan - Abdullah Zaik Abdul Rahman
Wanita bermaruah tidak patut jadi model promosikan jualan - Abdullah Zaik Abdul Rahman
Pelbagai pihak meluahkan rasa marah selepas gambar beberapa individu melakukan aksi lucah terhadap papan poster seorang pengurus di salah sebuah stesen Shell, Nor Shafila Khairusalleh tersebar di media sosial ketika umat Islam negara ini menyambut Aidilfitri.
Antara aksi ‘jijik’ itu adalah seperti meraba bahagian alat sulit dan mencium kadbod wanita berusia 25 tahun tersebut. Susulan itu, pihak Shell menarik balik iklan poster kadbod tersebut.
Sementara itu, gadis berusia 25 tahun itu menyatakan kesal dengan perbuatan segelintir lelaki yang dianggap melampaui batas.
“Kelakuan seperti menutup mata, mencubit hidung dan walau peluk sekalipun saya masih boleh terima kerana ia hanyalah sekeping poster. Tetapi jika apa yang dilakukan berbentuk gangguan seksual, saya rasa ia melampaui batas,” katanya.
WANITA BERMARUAH TIDAK PATUT JADI MODEL
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman dalam satu kenyataannya kepada media baru-baru ini menyatakan insiden itu berlaku disebabkan Shell menggunakan wanita dalam iklannya.
Menurutnya, wanita yang bermaruah tidak patut terima untuk menjadi model mempromosikan jualan walaupun menutup aurat dan memakai tudung.
Abdullah berkata, adalah fitrah untuk lelaki terangsang apabila melihat perempuan tetapi menegaskan mereka sepatutnya menjaga pandangan dan mengawal tingkah laku.
“Ini membayangkan tahap keruntuhan moral paling rendah. Iman, takwa dan hati budi tidak lagi dapat mengawal tingkah laku mereka,” katanya.
IMEJ WANITA DALAM IKLAN TAK SALAH
Menurut Sisters in Islam (SIS), perlakuan lucah terhadap wanita seperti itu tidak patut diterima sebagai suatu gurauan atau perkara yang biasa kerana ia mencerminkan pemikiran bahawa wanita dianggap sebagai objek yang boleh dipegang, dibelek dan dicabul yang sepatutnya mempunyai martabat diri dan patut dihormati.
"Gangguan seksual dan kekerasan terhadap wanita tidak berlaku tanpa keadaan atau persekitaran yang menerima pemikiran bahawa wanita boleh diperlakukan sebegitu. Ia menunjukkan keadaan masyarakat yang tidak langsung menghormati wanita.
"Tindakan untuk menyembunyikan wanita dari ruang awam atau mengurangkan pilihan dan peluang bagi wanita untuk menduduki ruang awam dengan selamat bukanlah jalan penyelesaian untuk membina dan mengukuhkan ruang yang selamat bagi wanita," katanya.
SIS menggesa masyarakat membina, memupuk dan mengukuhkan setiap ruang termasuk ruang pemikiran, fizikal dan maya sebagai selamat bagi semua golongan dewasa mahupun kanak-kanak tidak kira gender atau agama.
KOMEN MUFTI
Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pula dalam satu kenyataan yang dimuat naik menerusi laman sesawang Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, semalam menyatakan iklan seumpama itu adalah haram apatah lagi ia menjadi keghairahan pada kaum lelaki.
"Penggunaan gambar wanita dalam kadbod dan patung juga tidak boleh. Sudah jadi benda negatif pula bila orang cium, pegang dan buat macam-macam kepada iklan itu," katanya.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli bin Mohamad al-Bakri pula menyatakan usaha Shell menarik kembali standee berkenaan wajar dipuji kerana ia menutup pintu-pintu fitnah dalam masyarakat.
"Kami menasihatkan beberapa individu yang telah berbuat demikian terhadap standee wanita tersebut, wajar bertaubat dan berubah menjadi Muslim yang lebih baik. Kami percaya akan kebijaksanaan pihak Shell dalam menangani isu ini dan bersedia untuk memberikan buah fikiran dan pandangan sekiranya ada keperluan.
"Mempamerkan akhlak yang mulia dan unggul merupakan keindahan dan nilai yang tinggi dalam masyarakat. Kemuliaan budilah yang membezakan manusia dan haiwan liar. Berbudi bukan satu hal yang boleh dibuat-buat. Ia merupakan hasil terakhir dari pembentukan peribadi dan jiwa sejak kecil lagi," katanya.
Sumber: Msn
Demikianlah Artikel Wanita bermaruah tidak patut jadi model promosikan jualan - Abdullah Zaik Abdul Rahman
Anda sekarang membaca artikel Wanita bermaruah tidak patut jadi model promosikan jualan - Abdullah Zaik Abdul Rahman dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/wanita-bermaruah-tidak-patut-jadi-model.html