Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga

Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga
link : Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga

Baca juga


Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga

Belum lagi bernikah dangan pasangannya seorang lelaki telah berani bertindak kejam terhadap bakal isterinya selepas wanita itu meminta kebenaran untuk bertemu ahli keluarganya yang ingin datang beraya pada minggu lepas.

Belum lagi bernikah dangan pasangannya seorang lelaki telah berani bertindak kejam terhadap bakal isterinya selepas wanita itu meminta kebenaran untuk bertemu ahli keluarganya yang ingin datang beraya pada minggu lepas.

Kejadian dikatakan berlaku di Pasir Gudang, Taman Air Biru, wanita itu mendakwa dikasari bakal suaminya gara-gara ahli keluarga ingin beraya di rumahnya.

Menurut laporan Sinar Harian, dalam kejadian kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun itu, Kamariah Atan, 60, memberitahu, lelaki berkenaan telah bertindak menendang dan merendam kepalanya di Tasik Bukit Layang Layang, di sini, selama beberapa minit hingga dia sesak nafas dan terkapai-kapai.

“Ketika itu saya bersama dia sedang berniaga makanan sebelum menerima panggilan daripada salah seorang ahli keluarganya dari Melaka yang menyatakan hasrat mahu bertemu sempena Aidilfitri.

“Saya minta kebenaran untuk bertemu adik-beradik saya dan pulang semula ke tempat niaga selepas itu. Saya tak fikir pula akan timbul masalah kerana anak lelakinya yang berumur 17 tahun ada membantu ketika itu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak menyangka bekas tentera berusia 55 tahun yang dikenali dua tahun lalu itu berang lalu mencampak barang niaga dan menendang belakang tubuhnya hingga terjatuh ke dalam tasik ketika dia mahu mencuci tangan.

“Bukan itu sahaja, dia tarik tudung dan rambut serta rendam kepala saya dalam tasik hingga tertelan air di situ. Mujur pekerja tasik berkenaan menyelamatkan dan hubungi keluarga saya bagi memaklumkan kejadian itu.

“Saya tidak sangka dia berniat membunuh saya kerana tidak puas hati dengan permintaan saya walaupun selama setahun saya membantunya berniaga tanpa meminta sebarang upah,” katanya.

Sehubungan itu, Kamariah berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pasir Gudang pada hari kejadian.

Dia yang juga sukarelawan Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM) Johor Bahru berkata, mereka berdua ada merancang untuk bernikah pada 27 Julai depan.

“Saya trauma dengan kejadian itu dan terpaksa membatalkan perancangan untuk melangsungkan pernikahan dengannya walaupun saya sudah melakukan pelbagai persiapan,” katanya.

Menurutnya, lelaki berkenaan terus meninggalkannya selepas kejadian itu. - Sinar Harian

loading...
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga

Sekianlah artikel Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Dipukul Oleh Bakal Suami Kerana Ingin Bertemu Ahli Keluarga dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/wanita-dipukul-oleh-bakal-suami-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :