link : Wanita Indonesia dakwa ada ic Malaysia kantoi bila disuruh nyanyi lagi lagu Negaraku
Wanita Indonesia dakwa ada ic Malaysia kantoi bila disuruh nyanyi lagi lagu Negaraku
Bapak, kampung saya di sana, tetapi sekolahnya di sini.” Itulah ayat berhelah seorang wanita Indonesia ketika cuba melepaskan diri selepas ditahan dalam operasi di pangsapuri di Bukit Jambul, di sini, tengah malam kelmarin.
Wanita berusia 47 tahun itu ditahan jam 12 tengah malam ketika pemeriksaan dilakukan sepasukan 26 pegawai penguat kuasa Jabatan Imigresen Pulau Pinang (JIMPP).
Selain gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah, dia memberi pelbagai helah kononnya pernah tinggal di Indonesia dan bersekolah di Malaysia bagi meyakinkan pegawai penguat kuasa JIMPP dia benar-benar rakyat Malaysia, selain memberitahu memiliki kad pengenalan, tetapi dibawa suaminya yang keluar membeli makanan.
Lebih melucukan, biarpun wanita itu berusaha memberi alasan tidak munasabah, akhirnya dia tidak mampu berdalih apabila gagal menyanyikan lagu Negaraku ketika diminta pegawai penguat kuasa JIMPP.
Selepas 20 minit akhirnya wanita warga Indonesia itu mengaku tidak memiliki dokumen pengenalan diri sah.
Jurucakap JIMPP berkata, pemeriksaan awal di sebuah unit di pangsapuri itu tidak mendapat kerjasama apabila pintu rumah tidak dibuka penghuni terbabit.
“Hasil siasatan didapati seorang wanita berada di dalam bilik manakala seorang lelaki berusia 40-an berada di ruang tamu dan mereka gagal mengemukakan dokumen diri,” katanya.
Sementara itu, Ketua Bahagian Penguat Kuasa JIMPP Khwaja Banthey Mohamed Haneef ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita Indonesia itu.
Beliau berkata, operasi itu tertumpu di dua lokasi premis kediaman membabitkan dua pangsapuri di Sungai Nibong dan Bukit Jambul.
“Dalam pemeriksaan bermula dari jam 8 malam hingga 1 pagi itu, 20 lelaki dari Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Pakistan, Kemboja dan Vietnam dan enam wanita Indonesia berusia antara 20 hingga 47 tahun ditahan,” katanya.
Sumber: Harian Metro
Demikianlah Artikel Wanita Indonesia dakwa ada ic Malaysia kantoi bila disuruh nyanyi lagi lagu Negaraku
Anda sekarang membaca artikel Wanita Indonesia dakwa ada ic Malaysia kantoi bila disuruh nyanyi lagi lagu Negaraku dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/wanita-indonesia-dakwa-ada-ic-malaysia.html