Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong

Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong
link : Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong

Baca juga


Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Gambar di atas adalah untuk tujuan ilustrasi.



Jenayah penculikan kanak-kanak semakin menjadi dan ianya berlaku di mana sahaja termasuk pusat membeli belah.

Seorang ibu berkongsi kisah pada World of Buzz tentang bagaimana anaknya hampir diculik ketika mereka sekeluarga berada di IOI Mall, Puchong.

Sumber: Discover KL

Wanita itu telah meminta untuk tidak mendedahkan gambar serta informasi lain tentang keluarganya demi menjaga privasi.

Menurutnya,

“Ketika kami di pusat beli belah itu, anak lelaki saya mula menangis dan tidak mahu didukung. Tiba-tiba seorang wanita dalam lingkungan usia 50 tahun mendekati dan menengking kami.”



Perkara pertama yang dikatakan wanita tua itu adalah,

“Bila kau nak mati? Sudah berapa ramai kanak-kanak kau dah culik?”

“Pada mulanya kami sangka dia mempunyai sakit mental, tetapi kemudian kami dapat rasakan sesuatu yang tidak kena berlaku. Kami pegang anak kami lebih dekat untuk lindunginya. Wanita tua itu tidak berani berbuat apa-apa memandangkan ada tiga orang dewasa di situ (ibu bapa dan nenek mangsa).”

Menurut mangsa, wanita dengan rambut berwarna kelabu itu memakai baju oren dan seluar bercorak bunga. Rambutnya hingga ke paras bahu dan berseorangan sepanjang insiden itu berlaku.

“Apabila ibu saya pergi maklumkan kejadian itu kepada pengawal keselamatan, wanita berkenaan mula bercakap perkara merepek. Saya tidak dapat faham apa cuba dia katakan. Kemudian, dia menuduh kami memecah masuk rumahnya dan mencuri barangan hingga menyebabkan kecederaan pada dirinya.”



“Saya dapat rasakan dia sengaja mereka cerita untuk memanipulasi orang awam di sekeliling supaya berfikir bahawa kanak-kanak yang menangis itu bukan anak kami. Keadaan itu akan memudahkannya untuk mengambil anak saya secara paksaan.”

Apabila ibu mangsa membuat keputusan untuk hubungi pihak polis, wanita tua itu terus berkata, “Tunjukkan kad pengenalan kamu!”

“Memandangkan semua orang sedang menyaksikan kejadian itu dan kami tidak mahu mereka berfikir bahawa kami ada kena mengena dengan wanita tersebut, kami terus menuju ke tempat pengawal keselamatan.”

“Apabila pengawal keselamatan muncul, wanita itu sudah pun tiada. Saya rasa dia menjadikan kami sasarannya kerana anak saya sedang menangis pada ketika itu.”

Ibu mangsa turut menyatakan rasa tidak percaya bahawa seorang wanita berusia sebegitu sanggup berbuat sedemikian. Apatah lagi dia nampak begitu ‘baik dan tidak bersalah’.

Semua ibu bapa dengan anak yang masih kecil harus lebih berwaspada memandangkan penjenayah menggunakan modus operandi sebegini sebagai taktik penculikan. Orang tua pulak tu yang terbabit!

Baca: Anak Nyaris Diculik: “Tak Dapat Bayangkan Kalau Pintu Itu Tidak Lock”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong

Sekianlah artikel Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Kongsi Saat Mendebarkan Ketika Anaknya Hampir Diculik di IOI Mall Puchong dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/wanita-kongsi-saat-mendebarkan-ketika.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :