link : Wanita maut dihempap lori batu
Wanita maut dihempap lori batu
SEORANG wanita maut apabila kereta Perodua Viva dinaikinya dihempap lori membawa muatan batu yang terbalik di Lebuh Raya Changlun-Kuala Perlis, di persimpangan lampu isyarat berhampiran Tangki Air Kuala Perlis, hari ini.
Selain kereta dinaiki mangsa, lori terbabit turut melanggar tiga kenderaan lain menyebabkan beberapa lagi cedera.
Pegawai Kanan II, Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Perlis, Marshahadi Mehad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 12.47 tengah hari.
Kemalangan lori membawa muatan batu yang terbalik di persimpangan lampu isyarat berhampiran Tangki Air Kuala Perlis, turut membabitkan empat kereta.
“Ada empat mangsa dalam kereta Perodua Viva, iaitu seorang lelaki dan tiga perempuan dengan seorang daripada mereka maut akibat tersepit.
“€œSemua mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah manakala pemandu lori difahamkan sudah dibawa ke balai polis,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Difahamkan mangsa yang cedera, termasuk patah paha dan patah tangan.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel Wanita maut dihempap lori batu
Anda sekarang membaca artikel Wanita maut dihempap lori batu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/wanita-maut-dihempap-lori-batu.html