Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya…

Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya… - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya…, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya…
link : Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya…

Baca juga


Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya…

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Besar juga sebenarnya kuasa viral ini, kan? Kisah tak benar dihebah-hebahkan sehingga ia menjadi fitnah yang memakan diri!

Heboh baru-baru ini kisah seorang mualaf yang dikatakan ingin murtad dari Islam oleh kerana tidak tahan akan kesusahan hidup selepas diceraikan suami. Kisah ini telah tular di laman sosial seperti Facebook dan juga di grup-grup WhatsApp.

Mesej ‘fitnah’ tersebut memberi informasi mengenai seorang wanita bernama Nur Hidayah Low Binti Abdullah yang baru sahaja diceraikan dan mempunyai anak.



Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Beliau kini dikatakan menyewa sebuah bilik di sebuah kedai makanan lama dan menerima bantuan dari Perkim sebanyak RM200. Wanita yang dikatakan berasal dari Sarawak tersebut tidak mempunyai saudara mara kerana telah dibuang keluarga selepas dia memeluk Islam.

Sumber: Facebook

Namun apa yang membuat sebahagian netizen sakit hati dan pelik mengenai mesej viral itu ialah ia memberitahu yang Hidayah ingin memberikan anaknya kepada orang lain dan berhasrat kembali kepada agama asalnya semula. Uish agak-agaklah! 

Sumber: Facebook

Malah disediakan juga alamat dan nombor telefon wanita berkenaan bagi sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan kepadanya.

Sumber: Facebook

Namun kisah yang ditularkan itu ternyata tidak benar apabila Dr MAZA atau Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Kerajaan Perlis telah mengeluarkan kenyataan berkaitan kes tersebut di laman Facebook.

Menurutnya,



“Pagi-pagi hari saya menerima mesej dari seorang tokoh memberitahu bahawa telah viral ada seorang mualaf di Perlis nak murtad sebab dalam kesusahan.” 

“Sebaik sahaja menerima mesej itu saya telah mohon pihak MAIPs siasat segera.” 

Dr MAZA berkata, dia yang menerima pelbagai mesej mengenai hal tersebut tersangat hairan bagaimana operasi MAIPs yang begitu bersungguh-sungguh mencari asnaf boleh gagal mengesan kes ini.

Namun sebaik sahaja beliau pergi berjumpa dengan Nur Hidayah bersama CEO MAIPs Al-Fadhil Ustaz Mohd Nazim Mohd Nor, kisah sebenar terlerai juga.

Sumber: Facebook

Menurut Dr. MAZA, Hidayah baru berpindah ke Perlis beberapa bulan lepas dan dia tidak berasal dari Sarawak seperti yang diviralkan tetapi dari Melaka. Walau bagaimanapun, Hidayah kini memang menjalani kehidupan susah kerana terpaksa menanggung dua anaknya seorang diri selepas diceraikan suami.



“MAIPs telah membantu beliau sejak beberapa bulan lalu. Sehingga kini sudah RM2,000 diberikan. Bantuan pihak MAIPs berterusan sehingga kini.”

“Jabatan Kebajikan Masyarakat juga ada memberikan bantuan bulanan. Demikian PERKIM Perlis juga membantu,” kata Dr. MAZA. 

Malah menurut Dr MAZA, imam masjid kampung berkenaan telah memberi tumpang rumah kedai kepunyaannya secara percuma sejak beberapa bulan lalu.

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Mualaf berkenaan juga selalu hadir ke kelas agama PERKIM dan tidak pernah ingin murtad ataupun menyerahkan anak kepada pihak lain seperti yang diviralkan di media sosial baru-baru ini.

Difahamkan juga, anaknya yang pertama berusia 8 tahun dan masih bersekolah dengan baik. Walau bagaimanapun, pihak MAIPs merasakan wanita berkenaan memerlukan rumah yang lebih selesa dari sekarang dan mereka dalam cadangan untuk mengusahakannya. Syukurlah…

Sumber: Facebook

Penjelasan dari Mufti Perlis itu juga diikuti dengan penafian dari Nur Hidayah sendiri yang dirakam pihak berwajib:

Bagi mereka yang ingin menghulurkan bantuan bolehlah menghubungi pihak MAIPs atau PERKIM untuk informasi lanjut. Semoga hidup mualaf ini dan anak-anaknya dipermudahkan.

Rujuk atau selidiklah terlebih dahulu sebelum menyebarkan apa-apa berita. Kan dah buat dosa sebab sebarkan berita tak betul… 

Baca: Mualaf Ditinggal Keluarga Selepas Peluk Islam Terpaksa Hidup Bawah Jambatan Sejak Dua Tahun Lalu

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya…

Sekianlah artikel Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya… kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Wanita Mualaf Difitnah Murtad Kerana Diceraikan Suami dan Hidup Susah Tetapi Sebenarnya… dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/wanita-mualaf-difitnah-murtad-kerana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :