Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan

Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan
link : Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan

Baca juga


Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan

KUALA LUMPUR – Rakyat Malaysia bakal dikecualikan sepenuhnya daripada dikenakan Cukai Pelancongan yang sepatutnya dilaksanakan di seluruh negara bermula 1 Ogos depan.

Sebaliknya, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, cukai baru tersebut hanya akan hanya dikenakan kepada pelancong warga asing pada kadar rata RM10 seorang sebilik.

Beliau malahan berkata bahawa bayaran cukai baharu berkenaan adalah bagi semua hotel daripada jenis bajet yang memang langsung tiada bintang sehingga kepada mewah bertaraf lima bintang.

Ujar Mohamed Nazri, langkah pengecualian cukai tersebut kepada rakyat Malaysia dibuat hasil dari perjumpaan dengan banyak pihak berkepentingan dan selepas berbincang serta mendengar pandangan mereka.

“Kadar sama rata sebanyak RM10 akan dikenakan kepada semua pelancong asing daripada hotel yang bertaraf lima bintang sehingga tiada bintang membabitkan setiap malam dan bilik,” kata beliau lagi.

Mohamed Nazri menyatakan demikian ketika bangun menjawab soalan daripada Anthony Loke (DAP-Seremban) mengenai status terkini cukai berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat, di sini.

Mengulas lanjut, Mohamed Nazri berkata, pada peringkat permulaan, Kabinet memutuskan untuk melaksanakan kutipan Cukai Pelancongan bermula 1 Julai lalu.

Beliau berkata ia akan mula dikutip selepas Jabatan Kastam Diraja Malaysia sebagai agensi pelaksana selesai menyediakan mekanisme pelaksanaannya yang memerlukan sedikit masa.

“Antara sebab kita memutuskan mengenakan kadar rata RM10 ini adalah kerana mahu memudahkan pihak Kastam (Jabatan Kastam Diraja Malaysia) untuk mengutip cukai ini.

“Jika mengikut kadar sebelum ini, (hotel) lima bintang dikenakan caj RM20, empat bintang pula RM10, maka mekanisme pengutipan sebegitu memerlukan banyak kerja.

“Tetapi jika kadar rata seragam RM10, cukup mudah. Mereka tidak perlu bimbang, kita tahu sahaja berapa bilik telah disewa oleh hotel itu, RM10 itu kita punya. Maka tidak perlu sediakan mekanisme yang kompleks.

“Soal bilakah (cukai ini akan dilaksanakan), terpulang kepada pihak Kastam. Kita sudah minta 1 Julai, tetapi mereka tidak bersedia dan kemudian ditunda lagi kepada 1 Ogos depan.

“Akhirnya tarikh baharu ini akan ditentukan kemudian apabila pihak Kastam sudah bersedia untuk mendaftar dan mengutip cukai ini,” kata Mohamed Nazri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan

Sekianlah artikel Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Warga Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/warga-malaysia-dikecualikan-cukai.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :