link : “Yang Penting, Aidilfitri Keluarga Besar Kami Dapat Berkumpul Bersama.” - Datuk Sheila Majid
“Yang Penting, Aidilfitri Keluarga Besar Kami Dapat Berkumpul Bersama.” - Datuk Sheila Majid
Keluarga besar Datuk Sheila Majid dan Datuk Acis berhari raya. (Gambar: Instagram Kayda @sizez3ro
Sambutan Aidilfitri akan menjadi lebih indah apabila dapat meraikannya bersama anggota keluarga. Dan itulah juga tradisi yang terus dikekalkan penyanyi tersohor, Dato Sheila Majid saban tahun apabila kediamannya menjadi tempat adik-beradiknya berkumpul untuk meraikan hari yang mulia itu.
Dilahirkan dalam keluarga besar, Sheila mengaku seronok terutama apabila malam menjelang Aidilfitri. Ini kerana pada hari itulah mereka adik beradik akan bergotong royong membuat persiapan raya.
“Walaupun kami tinggal di Kuala Lumpur, sambutan hari raya tetap meriah. Siapa kata raya di ibu kota tidak semeriah di kampung?
“Bagi saya apa yang penting dapat kumpul dengan adik-beradik, itu sudah cukup menggembirakan. Selalunya, pada malam raya kami akan bergotong royong memasak, mengemas rumah dan pasang langsir.
“Usai kerja, masing-masing akan pulang ke rumah dan esok pagi datang semula.
“Saya pula, biasanya bila semua sudah berkumpul dan selesai bermaafan, barulah kami bertolak ke rumah keluarga sebelah suami untuk beraya. Keesokkan harinya pula, kami akan konvoi pergi ke rumah bapa dan emak saudara. Itulah rutin kami setiap tahun,” cerita Sheila kepada Rojak Daily Kaw!
Selain berhimpun bersama adik-beradik, tradisi lain yang turut dikekalkan si pelantun lagu Sinaran ini adalah untuk tampil sedondon.
“Tahun lalu, keluarga saya mengenakan pakaian warna aqua marine manakala tahun ini, rona merah menjadi pilihan. Ini sejajar dengan kemunculan album baru saya, Boneka yang bertemakan merah. Tak kisahlah bagaimana rekaannya, asalkan warna yang dipilih adalah merah.
“Senang bila pakai baju warna sama sebab kalau pergi beraya, kita boleh kenal mana satu anggota keluarga. Kalau nampak warna merah itu, memang sah anak-anak buah saya,”kata Sheila sambil ketawa.
Melihat gaya hidup penyanyi ini dan anak-anak, tidak dinafikan mereka memang mengamalkan cara hidup moden. Bagaimanapun itu tidak bermakna Sheila mengenepikan langsung nilai hidup yang penuh dengan adat resam budaya Melayu.
Katanya, tradisi kunjung-mengunjung dan salam-bersalaman tanda hormat si muda kepada yang tua pada Aidilfitri sangat dititik beratkan dalam kehidupan. Perkara itulah yang diterapkan Sheila kepada anak-anaknya, Wan Nur Khaleda atau Kayda, Megat Abdul Majid Aziz, Khadeja Zaireen Murshim dan Khalefa Laila Murshim.
“Biasanya pada hari raya pertama, semua adik beradik berkumpul di rumah saya. Ini kerana ibu tinggal bersama saya. Di sinilah kami bermaaf-maafan. Mereka yang muda kenalah mohon maaf pada yang tua. Kalau kita lihat sekarang ini, budaya bersalaman ini bagaikan terhakis.
“Generasi muda ramai yang tak ambil kisah nak pergi beraya ke rumah saudara mara kerana sibuk dengan gajet.
“Saya selalu pesan pada anak-anak dan anak-anak saudara supaya jangan dilupakan budaya ini. Kalau ada tetamu, pergi salam. Mereka juga kena ikut beraya ke rumah saudara mara. Tak mahulah nanti berlaku kejadian tak kenal saudara sendiri jika terserempak di tengah jalan,”katanya.
malaysiaway.blogspot.comDemikianlah Artikel “Yang Penting, Aidilfitri Keluarga Besar Kami Dapat Berkumpul Bersama.” - Datuk Sheila Majid
Anda sekarang membaca artikel “Yang Penting, Aidilfitri Keluarga Besar Kami Dapat Berkumpul Bersama.” - Datuk Sheila Majid dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/yang-penting-aidilfitri-keluarga-besar.html