link : Zila Bakarin Satu Keluarga Lengkap Berbaju Melayu
Zila Bakarin Satu Keluarga Lengkap Berbaju Melayu
BERPAKAIAN baju kurung atau kebaya mungkin menjadi pilihan lazim bagi golongan wanita Melayu apabila tibanya Hari Raya Puasa tetapi tidak bagi dramatis terkenal, Zila Bakarin.
Tahun ini, aktres kelahiran Kedah yang berusia 42 tahun itu tampil berani apabila memilih untuk menggayakan baju Melayu Teluk Belanga siap dengan sampin berona kuning sebagai busana keluarganya menyambut bulan Syawal.
Malah Zila turut menggayakan dua anak perempuannya, Kaseh, 8 tahun; dan Chinta yang kini berusia 5 tahun, dengan gaya serupa iaitu memilih baju Melayu warna merah jambu dan hijau pucuk pisang untuk anak-anaknya.
Menurut portal tempatan MStar Online, nasib baik Zila atau nama sebenarnya iaitu Rosmawati Bakarin itu tidak pula memakaikan suaminya sendiri, Azri Azhar dengan busana baju kurung atau kebaya moden!
Walaupun ia barang kali agak jarang dibuat orang kebanyakan, namun Zila dan anak-anaknya pula dilaporkan tetap kelihatan bergaya dan anggun ketika mengenakan baju Melayu lengkap tersebut ketika sibuk pergi beraya.
Ramai pengikut Zila menerusi laman Instagram turut memuji keberanian pelakon berkenaan tampil dengan kelainan selain ada peminat wanita yang ingin mencuba idea unik tersebut pada hari raya tahun hadapan.
Tidak kurang juga ada netizen usik agar Zila sekeluarga memakai baju kurung pada tahun hadapan pula sebagai menampilkan kelainan ketika sambutan perayaan. Macam mana rupa agaknya suami Zila pakai baju kurung ya?
@syam0nzKo Wat hal kak baju Melayu, tetapi ia sangat comel! Ok tahun hadapan saya nak baju Melayu juga.
@syuhaida.abraz Kakak! Cantiknyaaaa pakai baju Melayu!
@ara_3112Kak Zila kami pun rasa nak pakai macam ini tahun depan. Macam lawa pulak tengok akak tadi.
@izaahmad Ia sangat rare tetapi cantik..Nak pakai juga tahun hadapan, Insya-Allah.
@putera_awie Haha..tahun depan semua pakai baju kurung pula!
Nampaknya keberanian Zila memakai baju Melayu boleh jadi ikutan. Sama-sama kita tunggu raya tahun hadapan!
Loading...
Demikianlah Artikel Zila Bakarin Satu Keluarga Lengkap Berbaju Melayu
Anda sekarang membaca artikel Zila Bakarin Satu Keluarga Lengkap Berbaju Melayu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/07/zila-bakarin-satu-keluarga-lengkap.html