10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung

10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung
link : 10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung

Baca juga


10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung


KASIH ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa. Biasakan dengan istilah ini?

Sesungguhnya kewujudan kita pada hari ini adalah satu nikmat yang amat besar dari Tuhan melalui dua insan berhati mulia yang bergelar ibu dan ayah.

Tular baru-baru ini di media Indonesia, seorang gadis berkongsi kisah menyentuh hati dan detik yang begitu bermakna dalam hidup apabila dapat bertemu kembali dengan bapanya setelah 10 tahun terpisah.

Salma Zuhara, 17; terkejut apabila mendapati penunggang Grab motosikal yang dipesan merupakan bapa kandungnya sendiri.

“Order Grab dapat papaku sendiri, aku baru tau ternyata papaku sekarang kerja Grab,” tulis gadis berkenaan.

Menurut sumber, Salma dan bapanya telah terpisah sekitar tujuh tahun yang lalu selepas ibunya bercerai dengan lelaki tersebut.

Salma sudah lama cuba menjejaki bapanya itu namun gagal sehingga akhirnya hanya berserah pada takdir sahaja.

“Jadi pagi tadi pulang dari sekolah, saya pesan Grab, pada awalnya saya hanya memerhati platnya saja, namun bila semakin dekat saya terkejut melihat wajah pemandu, seperti orang yang saya kenal. Terus saya tanya dan ternyata itu papa,”kata Salma.

Meskipun lelaki tersebut adalah bapa kandungnya namun dia mengakui tetap merasa kekok kerana pertemuan itu merupakan pertama kali mereka berjumpa.

Tambahnya lagi dalam pertemuan singkat itu, mereka sempat meluangkan masa bersama dan bapanya sempat memberi nasihat yang berguna buat dirinya.

“Papa ada pesan,untuk menjadi anak yang baik,dan belajar bersungguh-sungguh dan harus membuat mama bangga serta membantunya,” ujarnya.

Haaa… siapa sangka berpisah lama tapi boleh bertemu semula? Kuasa Tuhan kan. Siapa kita untuk mempertikaikan. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung

Sekianlah artikel 10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 10 Tahun Terpisah, Gadis Ini Jumpa Bapa Kandung dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/10-tahun-terpisah-gadis-ini-jumpa-bapa.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :