3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu

3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu
link : 3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu

Baca juga


3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu


OSAKA, JEPUN - Viral gambar dan video tiga lelaki yang dikatakan membuat onar ketika melancong di Jepun sehingga menyerang seorang kakitangan (rakyat Malaysia), merosakkan dan mengotorkan sebuah premis penginapan yang disewa mencetuskan rasa tidak puas hati pemiliknya.

Berdasarkan sumber, kejadian berlaku pada 17 Ogos 2017, Khamis, di Vitti Lodge di mana tiga individu berkenaan telah melakukan kerosakan pada dinding premis, membuang air besar di bilik mandi, merosakkan dinding dapur premis, menyerang kakitangan, dan melakukan penipuan terhadap tiket kapal terbang.


"Budak samseng Malaysia bawah umur 20 tahun melancong ke Jepun dengan budaya samseng. Sudahlah tertinggal kapal terbang, dapat duduk lodge secara percuma lagi. Dan pelajar Malaysia yang berbaju biru itu walaupun sudah diperlakukan sebegitu rupa, masih sanggup menolong membayar harga kerosakkan dinding yang dipecahkan oleh samseng kedua dalam video ini. Harga ganti rugi ialah 100,000 yen!


"Dan yang paling kemuncak ialah, salah seorang dari tiga samseng ini meninggalkan lodge ini pagi tadi dengan meninggalkan tahi beliau di shower room!


"Kamu nak kata saya nak malukan mereka ini, katalah. Penat orang-orang lama dan kami menjaga nama baik Malaysia sehingga rakyat Malaysia dapat on arrival visa beberapa tahun lepas.

"Jika pengurusan lodge di Jepun ini menviralkan perkara ini di Jepun, wallahualam. Habislah nama baik kita yang telah dijaga selama ini. Sungguh menghampakan!," tulis individu bernama Kamarul Ilmar Rosli.

Difahamkan, pemilik lodge, Ema Vitti, telah memuat naik gambar Facebook dan video rakaman tiga suspek berkenaan dan meminta waris mereka tampil untuk membuat tuntutan ganti rugi.


Ketiga-tiga suspek juga dikatakan telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai semalam dan dijangkakan telah tiba di KLIA 2 jam 12 tengah malam tadi.

Pihak pemilik premis juga telah membuat laporan kepada pihak polis di Jepun dan pihak media juga sudah dimaklumkan.
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu

Sekianlah artikel 3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 3 pelancong Malaysia tunjuk samseng di Jepun diburu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/3-pelancong-malaysia-tunjuk-samseng-di.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :