7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat

7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat
link : 7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat

Baca juga


7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang fasa 1 dan 2 mencatatkan 7.4 juta penumpang sejak beroperasi pada 16 Disember tahun lepas.

Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd Datuk Zohari Sulaiman berkata sepanjang tempoh itu, dianggarkan 100,000 penumpang menggunakan MRT pada hari bekerja dan meningkat kepada kira-kira 140,000 pada hujung minggu serta dijangka terus meningkat sepanjang temasya Sukan SEA 2017.

“Sejak MRT beroperasi stesen yang paling banyak menerima penumpang adalah Bukit Bintang yang menghubungkan orang ramai ke kawasan segi tiga Emas Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Santai Bersama Anak-Anak Istimewa Sekolah Menengah Kebangsaan Kajang Utama (SMKKU).

Katanya, Rapid Rail selaku pengendali operasi Transit Aliran Ringan (LRT) dan MRT sentiasa mengadakan perbincangan dengan persatuan orang kurang upaya (OKU) dan agensi terlibat dalam usaha menambah baik kemudahan sedia ada.

“MRT sememangnya mesra OKU dan kami sentiasa mengambil inisiatif memperbaik kemudahan sedia ada buat golongan itu bagi memberi keselesaan kepada mereka,” katanya seperti yang dilaporkan sebuah agensi portal berita.

Mengulas mengenai program tanggungjawab sosial korporat itu, Zohari berkata ia bagi mendedahkan pelajar istimewa terhadap kemudahan pengangkutan awam.

“Saya berharap mereka akan gunakan perkhidmatan ini apabila mereka sudah bekerja kelak,” katanya.

Program itu melibatkan kira-kira 120 pelajar istimewa SMKKU yang diberi peluang menaiki MRT dari Stesen Kajang ke Stesen Merdeka selain dibawa melawat ke Muzium Negara dan menjamu selera di restoran Sate Haji Samuri di Kajang.


Demikianlah Artikel 7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat

Sekianlah artikel 7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 7.4 juta penumpang guna MRT sejak dibuka.....Syabas PM Kita Untuk Rakyat dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/74-juta-penumpang-guna-mrt-sejak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :