link : Azmin guna ‘cybertrooper’ serang PAN?
Azmin guna ‘cybertrooper’ serang PAN?
Bekas ketua PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin menyoal Timbalan Presiden PKR Azmin Ali kerana menggunakan “cybertrooper” bagi menyerang Parti Amanah Negara (PAN).
Dalam posting terbaru di Facebook, Badrul – yang lebih dikenali sebagai CheguBard – mendakwa bahawa Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menaja ramai “cybertrooper” bergaji dengan wang rakyat Selangor untuk mempertahankan dirinya dan serang parti PAN.
“Azmin bayar RM1,500 seorang utk (untuk) cybertrooper back up dia dan serang PAN? Kalau betul pun ia tak memeranjatkan…,”demikian katanya dalam posting itu yang dimuat naik dalam akaun milik peribadinya.
Beliau turut membuat satu nota kaki bahawa “menjadi rutin sebelum dedah korup di Selangor saya akan berkongsi dulu maklumat dengan pemimpin Pakatan Harapan, namun spt (seperti) biasa semua senyap konon nak jaga keutuhan PH… sekarang ada yg (yang) dulu suruh saya diam minta saya aktif dedahkan korup Azmin.. kah kah kah… tak tahu nak gelak ke nak nangis..”
CheguBard yang memang terkenal dengan kritikan-kritikan terhadap Azmin turut memuat naik satu kenyataan ringkas yang ditulis oleh penulis politik Mohd Sayuti Omar yang bertajuk ‘Siber Trooper Hantu’.
Menurut Sayuti Omar, beliau mendapat satu maklumat mengenai adanya sekumpulan siber trooper yang dibangunkan oleh seseorang berkuasa di Selangor untuk memastikan sebuah parti politik yang baru ditubuhkan berkubur.
“Tujuan membunuh parti itu untuk memastikan agenda individu bernafsu besar berkenaan dapat meneruskan agenda busuknya,” kata Sayuti tanpa mendedahkan identiti pemimpin dan parti tersebut.
Tambahnya, kumpulan siber trooper itu dianggota seramai sembilan orang yang mengguna “fake account” tidak bertindak menjadi hantu dan jembalang siber. Kumpulan berkenaan bernama ‘Komsel’ diketuai oleh seorang wakil rakyat. Setiap orang siber trooper diupah RM1,500 sebulan.
Ujar Sayuti lagi, siber trooper menjadi alat propanda, provokasi dan dalam masa sama ia juga digunakan untuk menjatuhkan imej seseorang pemimpin dan organisasi lain.
“Kecanggihan IT dengan perwujudan berbagai saluran media sosial ini membantu organisasi politik atau orang tertentu sangat mudah dan berkesan. Si pembangun grup siber itu tidak diketahui oleh sesiapa dan bertindak menjadi panah yang melayang dimalam hari ini,” jelas beliau lagi.
Untuk rekod, PAN merupakan parti serpihan PAS yang kini menjadi anggota dalam gabungan Pakatan Harapan selepas PAS bertindak keluar dari Pakatan Rakyat.
Walapun, PAS membatalkan tahaluf siyasi mereka dengan PKR, Azmin dikatakan masih rapat dengan pucuk pimpinan PAS.
Beliau juga dikhabarkan masih berminat menarik semula PAS menjadi anggota Pakatan Harapan, seterusnya bertanding di Pilihan Raya Umum yang akan datang sebagai satu gabungan bersama-sama DAP dan PPBM

Demikianlah Artikel Azmin guna ‘cybertrooper’ serang PAN?
Sekianlah artikel Azmin guna ‘cybertrooper’ serang PAN? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Azmin guna ‘cybertrooper’ serang PAN? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/azmin-guna-cybertrooper-serang-pan.html