Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali

Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali
link : Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali

Baca juga


Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali


SHAH ALAM – Seorang bapa akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak membabitkan sekurang-kurangnya 600 dakwaan meliwat dan rogol anak perempuannya.

Lelaki terbabit yang berusia 37 tahun, dipercayai melakukan perbuatan terkutuk itu sejak dua tahun lalu, selepas mangsa yang kini berusia 15 tahun tinggal bersama ekoran perceraian dengan isterinya.

Suspek kini berada dalam tahanan reman selepas ditahan polis sejak 26 Julai lalu.

Dia ditahan polis selepas mangsa mendedahkan nasib malang menimpanya kepada ibu kandung, sejurus mengetahui bapanya itu berhasrat mengambil dua adiknya berusia sembilan dan 11 tahun untuk tinggal bersama.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata suspek akan berhadapan 632 pertuduhan membabitkan kesalahan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 serta Akta Kanak-kanak 2016.

“Suspek akan didakwa di Mahkamah Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak esok membabitkan 599 kesalahan meliwat serta satu dakwaan merogol.

“Dia juga berdepan 30 pertuduhan mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan masing-masing satu pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-kanak 2016,” katanya di sini.

Bagi tuduhan meliwat, jika disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 377C, tertuduh boleh dipenjara di antara lima hingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.

Berdasarkan 599 pertuduhan liwat yang dihadapinya, lelaki itu boleh berdepan hukuman penjara berjumlah hampir 3,000 tahun.

Bagi kesalahan rogol anak kandung atau sumbang mahram mengikut Seksyen 376B boleh dihukum penjara 10 hingga 30 tahun dan dikenakan sebatan. - BHOnline
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali

Sekianlah artikel Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bapa Durjana Rogol & Liwat Anak Kandung Lebih 600 Kali dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/bapa-durjana-rogol-liwat-anak-kandung.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :