Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya

Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya
link : Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya

Baca juga


Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya


KOTA KINABALU – Siren dari Empangan Babagon di Penampang yang berbunyi secara automatik apabila paras airnya melebihi paras 130.50 meter bukan bermakna empangan itu berada dalam keadaan bahaya.

Jabatan Air Sabah berkata bunyi itu sebenarnya untuk memaklumkan dan memberi amaran kepada penduduk kampung di bahagian hilir supaya tidak mendekati sungai dan mandi-manda atau menangkap ikan di kawasan berkenaan kerana mereka mungkin cedera apabila air merempuh masuk ke saluran limpahan.

“Apabila paras air empangan ini melepasi 130.50 meter, siren akan berbunyi sebelum ia melimpah. Tetapi, ini tidak bermakna empangan berkenaan berada dalam keadaan bahaya. Air dari empangan itu akan melimpah secara selamat apabila penuh,” kata jabatan itu dalam kenyataan semalam.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan kebimbangan orang ramai yang mendapat maklumat tidak betul yang tersebar dalam media sosial bahawa Empangan Babagon melepaskan air menyebabkan siren berbunyi di sepanjang Sungai Moyog.

Menurut kenyataan itu, fungsi empangan berkenan bukan sahaja untuk menakung air mentah malah membantu mengurangkan aliran air di Sungai Moyog sebanyak 15 peratus.

Empangan itu menakung sehingga 23,780 juta liter air pada satu-satu masa daripada jumlah yang mengalir melalui Sungai Babagon ke Sungai Moyog walaupun ketika hujan berterusan.

“Pada 3 petang tadi, paras air di Empangan Babagon adalah kira-kira 130.05 meter. Paras limpahnya ialah 130.50 meter,” kata kenyataan itu. – BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya

Sekianlah artikel Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Bunyi Siren Bukan Tanda Empangan Babagon Bahaya dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/bunyi-siren-bukan-tanda-empangan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :