DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN

DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN
link : DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN

Baca juga


DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung status penubuhan Darul Ehsan Investment (DEIG) sekiranya menerima maklumat baharu mengenainya.

Ketua Pesuruhjayanya Datuk Dzulkifli Ahmad berkata pihaknya perlu merujuk kepada laporan terbaharu dan hasil siasatan sebelum ini berhubung kes DEIG sebelum berbuat demikian.

“Saya kena rujuk kepada pegawai dahulu berhubung laporan yang baharu dibuat semalam, sama ada isunya sama dengan isu yang pernah SPRM buat (siasatan) dahulu, selain melihat jika ada maklumat atau isu baharu,” katanya kepada pemberita pada program Ziarah Kasih SPRM siri 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Triang Hilir, Simpang Durian di sini, pada Sabtu.

Beliau berkata pada 2015, SPRM pernah menjalankan siasatan berhubung status penubuhan DEIG namun, pihaknya tidak menemui sebarang kesalahan rasuah.

Dzulkifli diminta mengulas laporan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara Mohd Fakhzan Md Noor semalam yang meminta SPRM menyiasat kes tersebut kerana DEIG didakwa beroperasi lebih awal dari tarikh yang ditetapkan.

 Mohd Fakhzan berkata Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dipetik sebagai berkata bahawa DEIG tidak memulakan operasi sehingga 2016.

Bagaimanapun, media melaporkan DEIG melalui anak syarikatnya DEIG Land, mula membuat Permintaan Maklumat (RFI) untuk kerja membangunkan tanah kerajaan negeri yang terletak di Shah Alam, Gombak dan Bukit Beruntung pada Jun 2015.- BERNAMA


Demikianlah Artikel DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN

Sekianlah artikel DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel DEIG : JIKA ADA MAKLUMAT BARU, SPRM BUKA KERTAS SIASATAN dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/deig-jika-ada-maklumat-baru-sprm-buka.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :