Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS

Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS
link : Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS

Baca juga


Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS


SEBELUM ini Kementerian Komunikasi dan Multimeda telah mengarahkan semua radio dan saluran televisyen milik Radio Televisyen Malaysia (RTM) menghentikan siaran lagu popular, Despacito nyanyian Luis Fonsi dan Justin Bieber, mulai 19 Julai lalu.

Menterinya, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, panel penilai RTM menarik balik kelulusan siaran lagu berbahasa Sepanyol itu selepas menerima aduan orang ramai.

Keputusan itu diambil berikutan lirik lagu tersebut yang dikatakan tidak sesuai untuk generasi muda kerana ia mengandungi bait-bait lirik kurang sopan.

Susulan pengharaman itu, pengacara program bual bicara popular Amerika Syarikat, James Corden ada membuat sedikit lawak menyentuh tentang isu tersebut dalam rancangannya, The Late Late Show with James Corden, baru-baru ini.

Dalam rancangan itu, James yang berasal dari United Kingdom secara berseloroh mengatakan sesiapa yang sudah bosan mendengar lagu Despacito, bolehlah berpindah ke Malaysia memandangkan kerajaan telah mengharamkan lagu tersebut daripada dimainkan.

Malah, James secara bergurau juga turut menyatakan dia sudah bosan mendengar lagu tersebut asyik diputarkan di corong-corong radio dan televisyen di sana selain tidak memahami bait-bait lirik dalam lagu yang menjadi fenomena di seluruh dunia itu.

Gurauan James itu kemudian mendapatkan tepukan gemuruh daripada penonton yang mungkin juga sudah jelak dengan lagu overplayed tersebut.

Selain program talk show itu, James juga turut dikenali dengan rancangan Carpool Karaoke yang mana ia menjemput penyanyi popular antarabangsa untuk berkaraoke dengan James dalam keretanya.

Setakat ini, artis-artis yang sudah dipelawa berkaraoke bersama ialah Katy Perry, Chris Martin, Bruno Mars, Adele, One Direction dan Ed Sheeran. – MYNEWSHUB.CC
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS

Sekianlah artikel Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Despacito Haram Di Malaysia Jadi Bahan Lawak Hos AS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/despacito-haram-di-malaysia-jadi-bahan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :