Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini

Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini
link : Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini

Baca juga


Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini


PARIS – Seorang wanita yang memakai burkini untuk mandi di kolam sebuah penginapan peribadi yang disewa bersama keluarga berhampiran Marseille di selatan Perancis, diarah membayar denda.

Menurut wanita itu, Fadila, denda dikenakan itu konon ialah kos untuk membersihkan kolam berkenaan.

Dalam aduannya kepada badan Bersatu Menentang Islamofobia Perancis (CCIF), Fadila berkata, sebaik dia memasuki kolam berkenaan untuk berenang, seorang kakitangan mengarahkan orang lain meninggalkan kolam itu.

Pemiliknya kemudian menelefon suaminya, menyuruh dia berhenti menggunakan kolam berkenaan sepanjang mereka menginap di situ.

Pemilik itu juga mengarahkan pasangan terbabit membayar 490 euro (RM2,500), kos untuk membersihkan kolam berkenaan.

“Saya terkejut kerana tidak ada orang melarang saya atau memberitahu saya tidak boleh mandi dengan memakai burkini di kolam itu sebelum saya memasukinya.

“Saya terkejut dan amat kecewa kerana sikap kejam dan hipokrit mereka semata-mata kerana burkini,” kata Fadila dalam aduannya kepada badan berkenaan.

Pasangan itu enggan membayar denda itu. Bagaimanapun, pemilik terbabit mengambil wang berkenaan daripada akaun mereka tanpa mengeluarkan invois.

CCIF dalam laporannya berkata, tindakan itu sungguh mengejutkan memandangkan burkini direka memang untuk berenang dan tidak akan menyebabkan sebarang pencemaran. – Agensi/myMetro Online
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini

Sekianlah artikel Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Diarah Bayar Denda Kerana Berenang Guna Burkini dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/diarah-bayar-denda-kerana-berenang-guna.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :