link : Gadis 18 Tahun Rentung Dalam Kereta
Gadis 18 Tahun Rentung Dalam Kereta
KUALA LUMPUR – Mayat seorang remaja perempuan ditemui dalam kereta terbakar di hadapan sebuah rumah di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 4.22 pagi itu, Harneet Dhillon, 18, warga India, ditemui rentung dalam kereta jenis Hyundai yang terbakar di hadapan rumah ibu saudaranya di Hartamas Heights di sini.
Siasatan dan pemeriksaan awal polis serta Unit Forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, kejadian berkemungkinan mempunyai unsur jenayah.
Mangsa yang dipercayai menghidap sejenis penyakit dan mula mendapatkan rawatan dari sebuah hospital swasta di sini sejak dua tahun lalu, dilaporkan tinggal bersama ibu saudaranya dan enam penghuni lain.
Dia dilaporkan belajar di rumah ibu saudaranya sejak menjalani rawatan di hospital berkenaan.
Mangsa dikatakan kali terakhir dilihat oleh ibu saudaranya berbaring di tempat tidur selepas mengambil ubat kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk bedah siasat.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, mengesahkan kejadian dan masih menunggu laporan bedah siasat.
“Kita menunggu laporan bedah siasat sebelum mengklasifikasikan kes sama ada wujud unsur jenayah atau disebabkan kemalangan,” katanya ketika dihubungi BH, hari ini. – BH Online
malaysiaway.blogspot.com
Demikianlah Artikel Gadis 18 Tahun Rentung Dalam Kereta
Sekianlah artikel Gadis 18 Tahun Rentung Dalam Kereta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Gadis 18 Tahun Rentung Dalam Kereta dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/gadis-18-tahun-rentung-dalam-kereta.html