Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF

Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF
link : Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF

Baca juga


Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF

SEREMBAN 15 Ogos - Kementerian Pendidikan mahu guru bahasa Inggeris mempertingkatkan kemahiran penguasaan bahasa tersebut hingga mencapai tahap C2 dalam sistem penarafan Common European Framework of Refe­rences for Languages (CEFR).

Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu bagi memastikan standard penga­jaran dan pembelajaran bahasa berkenaan di negara ini setaraf dengan peringkat antarabangsa.

‘‘Setakat ini, kira-kira 20,000 guru atau 52 peratus yang mengajar bahasa Inggeris telah mencapai tahap C2 dan C1 dalam sistem penarafan CEFR.

‘‘Justeru, Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan menjadi platform kepada golongan pendidik untuk memperkasakan pe­nguasaan sekali gus diberi latihan membangunkan program dan bahan pengajaran dan pembelajaran berimpak tinggi,’’ katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Kampus ELTC dan Kolokium Program Imersif Tinggi (HIP) dekat sini hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon; Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad serta Pengarah ELTC, Dr. Mohamed Abu Bakar.

Menurut Mahdzir, penubuhan kampus ELTC adalah selaras dengan aspirasi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) untuk melahirkan murid yang profisien dalam bahasa Inggeris sekali gus mampu bersaing di peringkat antarabangsa.

Katanya, kampus tersebut juga merupakan satu-satunya institusi di bawah Kementerian Pendidikan yang dipertanggungjawabkan untuk menerajui sistem pendidikan bahasa Inggeris di negara ini.

‘‘Kementerian juga telah mewujudkan program yang berasaskan penguasaan bahasa Inggeris seperti HIP yang mampu meningkatkan kemahiran ba­hasa itu melalui penggunaan dan pe­nguasaannya dan Program Dwibahasa (DLP).

‘‘Setakat ini sebanyak 5,000 buah sekolah telah melaksanakan program HIP manakala 1,200 sekolah lagi menggunakan program DLP,’’ katanya.



malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF

Sekianlah artikel Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Guru Bahasa Inggeris mesti capai C2 penarafan CERF dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/guru-bahasa-inggeris-mesti-capai-c2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :