'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar

'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar
link : 'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar

Baca juga


'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar

Imej via Sinar Harian
KUALA TERENGGANU - Ibu mangsa buli melibatkan pelajar kolej vokasional di sini, meluahkan rasa kesal kerana dakwaan bahawa anaknya dipukul hampir 20 pelajar senior kerana enggan melakukan seks oral tersebar di laman sosial.

Sueffia Abdul Ghani, 43, berkata, dia amat terkejut kerana cerita itu tersebar dan mendapat perkongsian ramai setelah ia dilaporkan oleh sebuah portal arus perdana berbahasa Inggeris semalam.

"Saya terkejut bagaimana cerita yang disebarkan itu tidak sama dengan apa yang anak saya ceritakan.

"Saya harap pihak berkenaan dapat membaiki kesilapan kerana ia membabitkan maruah anak dan keluarga saya, saya juga akan memanggil pihak pemberita untuk memberi penjelasan mengenai cerita itu," katanya kepada Sinar Harian.

Mengulas mengenai perkembangan kesihatan anaknya, beliau berkata, Ahmad Zikrill A'zim Hasbullah, 16, kini stabil dan masih memerlukan rehat dan menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

"Anak saya masih di rawat di sini, hari ini baru buat x-ray tulang rusuk bagi mengenal pasti kecederaan dan masih belum dapat keputusan lagi setakat ini," katanya.

Kes buli melibatkan tiga mangsa yang masing-masing merupakan pelajar Jurusan Teknologi Elektrik, Ahmad Zikrill A'zim Hasbullah, Wan Ahmad Faris Wan Hasbullah, 16 dan Muhammad Luqman Hakim Mohd Shukri, 17 mendapat perhatian banyak pihak.

Mangsa pertama, Muhammad Luqman Hakim dipukul sekumpulan pelajar di surau kolej berkenaan sebelum sekali lagi dipukul di bilik asrama jam 10.30 malam, Selasa lalu.

Selepas itu, dua lagi mangsa yang merupakan rakan sebaya berusia 16 tahun dipukul ketika sedang tidur di bilik asrama jam kira-kira jam 1.30 pagi, dalam kejadian pada hari yang sama.

Sumber: Sinar Harian


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel 'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar

Sekianlah artikel 'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 'Ia membabitkan maruah anak saya...' - Ibu Pelajar dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/ia-membabitkan-maruah-anak-saya-ibu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :