Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita

Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita
link : Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita

Baca juga


Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita


ALOR SETAR – Seorang anggota polis berpangkat inspektor ditahan dengan hanya berseluar dalam di dalam sebuah tandas wanita di sebuah pusat beli-belah dekat sini pada Selasa.

Ketua Polis Kedah, Datuk Asri Yusoff mengesahkan tangkapan telah dibuat dalam satu kenyataan di laman Facebook PDRM Kedah.

Beliau berkata polis telah menerima maklumat bahawa terdapat seorang lelaki sedang mencetuskan huru-hara di pusat membeli-belah tersebut kira-kira pukul 12.30 tengah malam Selasa.

Sebaik tiba di pusat beli-belah itu, polis menahan lelaki tersebut yang tidak berpakaian di dalam tandas wanita yang terletak di tingkat empat.

Pemeriksaan lanjut mendapati beg milik lelaki itu mengandungi ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 0.62 gram.

Aris berkata lelaki itu direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Satu rakaman video menunjukkan seorang wanita dalam keadaan marah bertanya kepada suspek mengenai perbuatannya, menjadi tular di Facebook pada Isnin.

Dalam video itu, wanita tersebut mendakwa lelaki itu sedang merakam aksinya di dalam tandas.

Wanita itu masih belum membuat laporan polis mengenai insiden tersebut. - BERNAMA
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita

Sekianlah artikel Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Inspektor Ditahan Berbogel Dalam Tandas Wanita dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/inspektor-ditahan-berbogel-dalam-tandas.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :