Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT!

Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT! - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT!
link : Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT!

Baca juga


Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT!


PATUNG pembunuh Annabelle telah berjaya menawan Transit Aliran Massa (MRT) laluan Sungai Buloh-Kajang. Jaga-jaga semua rakyat Malaysia!

Pihak Rapid KL baru sahaja memuat naik status mereka di akaun Facebook dan Twitter Rapid KL mengenai hal ini.

Petang tadi, anak patung Annabelle ini dilihat sedang duduk di dalam MRT sebelum dia ditinggalkan keseorangan dekat atas mesin pengimbas tiket di stesen LRT KLCC.

Ni siapa punya kerja ni buat prank Annabelle ni? Amboi dia, bergurau pulak ya.

Hebat betul penangan si Annabelle ni sebab tak lama daripada status tu naik, ia telah dikongsi sebanyak 2,000 kali oleh para netizen di Facebook dan 2,000 retweet dekat Twitter yang telah mendapat banyak reaksi daripada netizen yang cukup terhibur dengan posting tersebut.


Tapi sebenarnya ada baiknya juga Annabelle ‘berkunjung’ ke kawasan MRT atau LRT ni. Sekarang ni dah banyak sangat gejala vandalisme dekat stesen MRT dan LRT. Orang dah bagi kemudahan, tapi dirosakkannya pulak. Mana tahu lepas Annabelle ‘datang melawat’, dah tak ada sesiapa yang berani nak buat benda bukan-bukan lagi ke.

Memang unik dan kreatif betul cara Rapid KL dalam ‘memberikan pesanan’ kepada semua pengguna pengangkutan awam di luar sana.

Apa yang lebih lucu ialah apabila seorang netizen telah bertanyakan soalan kepadaadmin Rapid KL tersebut;

Thivyamalini Ramalu: “Annabelle dapat separuh harga juga ke?”

Yelah, sekarangkan tengah promotion half price bagi pengangkutan MRT, LRT, BRT dan Monorel. Segala pengangkutan di atas akan mendapat sebanyak 50 peratus potongan bermula daripada 18 Julai yang lalu sehingga 31 Ogos depan, bersempena majlis Pelancaran MRT Fasa Dua Laluan Sungai Buloh-Kajang pada 17 Julai lalu.

Mana tahu Annabelle ni pun dapat half price ke? Ataupun dia naik free je ni?

Ada juga yang mengtakan bahawa kemunculan Annabelle itu bersempena sambungan filem Annabelle 2 yang bakal ditayangkan di pawagam tak lama lagi.

Kalau anda mengikuti akaun Facebook Rapid KL, mesti anda perasan yang adminRAPID KL sekarang makin hari makin lucu. Lucu tapi informasi yang diberikan tetap berguna.

Jaga-jaga pada pengguna MRT yang lain… Jangan sampai Annabelle ikut balik. –MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT!

Sekianlah artikel Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Jaga-Jaga… Annabelle Sudah ‘Tawan’ MRT! dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/jaga-jaga-annabelle-sudah-tawan-mrt.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :