JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli

JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli
link : JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli

Baca juga


JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli

Fot via FB Mahdzir Khalid
PADANG BESAR 13 Ogos - Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) diberi kuasa penuh menangani kes-kes buli di sekolah termasuk mengambil tindakan membuang sekolah pelajar yang terlibat.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihak berkenaan boleh mengambil tindakan yang sewajarnya berdasarkan pertimbangan di peringkat daerah dan negeri.

Beliau menolak penubuhan unit tertentu di peringkat kementerian itu bagi menangani kes buli kerana menganggap ia tidak perlu.

"Tidak boleh bawa semua kes ke Kuala Lumpur (Kementerian Pendidikan). Apa yang penting pihak sekolah dan PPD perlu bertegas dalam hal ini (buli).

"Selesaikan sahaja kes ini di peringkat negeri dan kalau perlu (serius), ambillah tindakan buang sekolah kalau sudah menjadi ketua pembuli," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Padang Besar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Risda, Datuk Zahidi Zainul Abidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Besar.

Beliau diminta mengulas kes buli yang terus berlaku hampir setiap bulan kebelakangan ini dengan kejadian terbaharu dikesan dan ditularkan yang berlaku di Sabah kelmarin.

Sumber:- UTUSAN ONLINE

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli

Sekianlah artikel JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel JPN, PPD diberi kuasa, termasuk buang sekolah untuk kes buli dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/jpn-ppd-diberi-kuasa-termasuk-buang.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :