link : Kabinet Dr Mahathir tak diberitahu langsung pasal kerugian besar forex Bank Negara – Annuar Musa
Kabinet Dr Mahathir tak diberitahu langsung pasal kerugian besar forex Bank Negara – Annuar Musa
Kalau rajin pasang telinga atau jenguk di media sosial macam-macam spekulasi dan andaian berlegar mengenai Suruhanjaya Siasatan Diraja mengenai kerugian besar Bank Negara dalam dagangan mata wang asing (forex) pada zaman pentabiran Tun Dr Mahathir Mohamad.
Selain mendakwa ia isu lapuk dan sengaja nak kenakan bekas Perdana Menteri itu..antara yang hangat dipersoalkan ialah mana mungkin anggota kabinet waktu itu tidak mahu langsung mengenai kerugian yang dialami Bank Negara.
Mengapa menteri-menteri waktu itu tidak bising dan baru nak ungkit sekarang?
Apa yang pasti persepsi dikalangan ‘tukang karut’ yang membawa pelbagai kisah tidak betul mengenainya mungkin berbeza jika mereka tahu kedudukan sebenar.
Antara orang yang boleh beri gambaran sebenar ialah Tan Sri Annuar Musa.
Beliau hampir 10 tahun dalam kabinet Dr Mahathir.
Annuar jadi Menteri Belia dan Sukan dari tahun 1990 hingga 1993 dan kemudian dari 1993 hingga 1999 Menteri Pembangunan Luar Bandar.
Sewaktu sidang akhbar khas pasca Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di PWTC beliau telah memberi jawapan bila ditanya mengenai kesangsian apakah kabinet waktu itu tidak tahu langsung mengenai kerugian forex.
Annuar yang kini Ketua Penerangan UMNO berkata soal forex itu telah dibincangkan di luar pengetahuan barisan kabinet.
Katanya mungkin hanya beberapa individu sahaja termasuk Dr Mahathir sendiri dan menteri kewangan pada waktu itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim tahu mengenainya .
“Kabinet tak diberitahu tentang perkara ini” katanya.
Annuar memberitahu isu forex dibangkitkan oleh Lim Kit Siang seawal 1994 yakni setahun selepas kerugian besar dialami Bank Negara.
“Tapi waktu itu hatta saya dalam kabinet pun tak diberitahu dan kita merasakan waktu itu kerana perkara itu tak di brief oleh kabinet, maka kita tak tahu pun perkara itu serius sebab perkara itu dibuat di luar pengetahuan kabinet.
“Selepas itu pada 2006 Kit Siang berucap dalam Parlimen (desak) supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) diadakan dan dia telah berikan angka yang lebih detail lagi.
"Dia antara orang pertama yang memberi gambaran jumlah kerugian daripada forex telah mencecah separuh daripada jumlah rezab negara yang ketika itu keseluruhannya berjumlah sebanyak RM60 bilion (waktu itu).
Prosiding RCI forex yang sedang berlangsung di Istana Kehakiman di Putrajaya sekarang mendapati kerugian yang dialami oleh Bank Negara dalam forex ialah RM31.5 billion.
“ (Lebih) RM30 bilion itu adalah kerugian sebenar yang tidak akan negara dapat balik sampai bila-bila. Bukan kerugian yang hanya di atas kertas, tetapi kerugian sebenar yang kita hilang buat selama-lamanya.
"Ia tidak seperti isu yang berlaku kepada 1MDB, di mana kerugian 1MDB itu berdasarkan di atas kertas, namun perniagaan 1MDB masih berjalan, masih mampu memperoleh untung dan masih mampu melakukan rasionalisasi bagi mengatasi sebarang kerugian yang berlaku.
“Pembangkang pula membayangkan seolah-olah hutang 1MDB itu tidak mampu dilunaskan dan rakyat terpaksa tanggung hutang-hutang tersebut, ini satu maklumat yang tidak betul.
"Kerugian itu hanyalah dari atas kertas dan dari segi perniagaan, syarikat 1MDB tidak lingkup secara total dan masih lagi menjalankan perniagaannya .
“Tetapi ia berbeza dengan kerugian yang dialami oleh kerajaan dalam pelaburan forex trading ini di mana kerugian yang dialami oleh negara adalah kerugian yang sebenar dan secara total. Ini merupakan satu kerugian yang mencatat rekod dunia di mana tidak ada negara yang mengalami kerugian begitu besar yang menyebabkan kehilangan separuh daripada rezab negara,” tegasnya.
Kata Annuar sekalipun hilang hampir separuh rezab negara akibat rugi forex waktu itu namun Malaysia masih tidak bankrap.
“Tahu rezab kita berapa sekarang? Melebihi RM400 billion di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib Razak,” ujarnya lagi.
Annuar menolak samasekali dakwaan kononnya penubuhan RCI forex bermotifkan politik untuk balas dendam terhadap bekas Perdana Menteri yang kini masouk kolam pembangkang.
Sambil mengimbas desakan DAP dan Kit Siang ,katanya RCI itu ditubuhkan atas permintaan rakyat.
“Jadi RCI berhubung forex trading ini sebenarnya dilaksanakan oleh kerajaan atas kehendak dan inisiatif DAP yang mendesak mahu satu siasatan terhadap perkara tu dijalankan dan kerajaan melihat desakan DAP ini sebagai satu perkara yang relevan untuk kepentingan rakyat di negara ini,” ujarnya.

Demikianlah Artikel Kabinet Dr Mahathir tak diberitahu langsung pasal kerugian besar forex Bank Negara – Annuar Musa
Sekianlah artikel Kabinet Dr Mahathir tak diberitahu langsung pasal kerugian besar forex Bank Negara – Annuar Musa kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.
Anda sekarang membaca artikel Kabinet Dr Mahathir tak diberitahu langsung pasal kerugian besar forex Bank Negara – Annuar Musa dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/kabinet-dr-mahathir-tak-diberitahu.html