"KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY

"KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul "KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : "KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY
link : "KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY

Baca juga


"KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY

Kami tiada masa untuk menghentam kerana sibuk membangunkan negara kata Senator Datuk SK Devamany, Timbalan Presiden MIC malam ini.

Katanya, kita Parti Barisan Nasional tidak ada masa macam pembangkang seperti Lim Kit Siang dan Tony Phua yang terus menghentam kerajaan.

Beliau turut menyatakan bahawa rakyat di Malaysia juga sedang dilanda satu penyakit iaitu Kanser Fitnah.

“Kita telah dihasut dengan satu kanser baru iaitu fitnah. Barahnya adalah hasutan. Ini menjadi satu budaya di seluruh dunia dengan muslihat-muslihat.

“Sekarang banyak negara kecoh kerana rakyat mengundi mengikut fitnah dan hasutan.

“Kita punya raja fitnah dan hasutan adalah rafizi. Dia sendiri mengaku budaya hasutan satu budaya untuk politik baru. Dia mengamalkan falsafah matlamat menghalalkan cara iaitu politik machiaveli.

“Macam-macam tohmahan mereka lakukan terhadap negara kita,” katanya.

Justeru itu, beliau menyeru rakyat di negara ini supaya lebih berhati-hati sebelum menerima setiap fakta yang dikemukakan oleh Naib Presiden PKR itu.

Menyentuh mengenai Perpaduan parti, Devamany turut memperbandingkan contoh-contoh yang ada di depan mata mengenai bagaimana Barisan Nasional membuat keputusan.

Beliau membandingkan kesatuan di dalam Barisan Nasional yang bergerak diatas dasar konsensus tidak seperti pembangkang antaranya Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham yang tidak serasi dengan Lim Kit Siang, serta ketidak serasian Wan Azizah Wan Ismail yang tidak sependapat dengan Azmin Ali.

“Biar mereka berkecoh, berikan mandat kepada kepimpinan 14 parti yang bersatu. “Kalau tiada Barisan Nasional, saya ucapkan takziah.” katanya

Di akhir ucapannya beliau turut merayu agar rakyat memilih Parti yang betul ketika mengundi di PRU 14 nanti.

“Sebagai insan kita bukannya sempurna. Kalau ada salah kita minta maaf dan akan cuba betulkan.

“Berilah peluang untuk kita betulkan semua. Kita tahu kelemahan kita, kita perlu sebuah negara yang telus, kita perlu sebuah negara yang dihormati dunia. Kita akan usahakan.

“Tapi janganlah kita hancurkan negara,” katanya ketika berucap di program Ceramah Rakyat P.076 Teluk Intan di Mini Arena, Kg Ayer Hitam


Demikianlah Artikel "KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY

Sekianlah artikel "KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel "KAMI TIADA MASA MENGHENTAM, KERANA SIBUK MEMBANGUNKAN NEGARA" - SK DEVAMANY dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/kami-tiada-masa-menghentam-kerana-sibuk.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :