K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT

K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT
link : K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT

Baca juga


K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT

PUTRAJAYA – Kerajaan mula mengagihkan peruntukan khas sebanyak RM25 juta kepada 157 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) kategori sekolah kerajaan bermula bulan ini bagi membantu sekolah terbabit melaksanakan proses penambahbaikan dan penyelenggaraan infrastruktur.

Timbalan Menteri Pendidikan Datuk P.Kamalanathan berkata dana fasa pertama itu merupakan sebahagian daripada peruntukan sebanyak RM50 juta yang diperuntukkan bagi tahun ini dalam Belanjawan 2017 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya keseluruhannya terdapat 524 SJKT di seluruh negara termasuklah 367 bantuan modal dan 157 sekolah kerajaan dan setakat ini peruntukan bagi penambahbaikan dan penyelenggaraan hanya diberikan kepada sekolah bantuan modal.

“Tetapi kali ini, peruntukan bagi penyelenggaraan sekolah akan turut diberikan kepada sekolah kerajaan bagi membolehkan sekolah terbabit melakukan proses penambahbaikan dan penyelenggaraan,” katanya dalam sidang media di sini hari ini berhubung pengagihan peruntukan RM50 juta Penyelenggaran Khas bagi SJKT Kerajaan 2017.

Menurutnya, peruntukan itu diagihkan kepada 49 SJKT di Perak, Selangor (31), Johor (18), Negeri Sembilan (14), Kedah (12), Pahang (11), Melaka (lapan), masing-masing enam buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang serta masing-masing satu sekolah di Kelantan dan Perlis.

Kamalanathan berkata berkata fasa kedua pengagihan baki RM25 juta daripada peruntukan tahun ini dijangka dibuat pada September depan melibatkan beberapa sekolah bantuan kerajaan untuk  perabot dan menaik taraf infrastruktur SJKT terlibat.

“Antara syarat utama untuk SJKT bantuan kerajaan menerima peruntukan Bajet 2017 ialah mereka perlu menghantar laporan awal mengenai belanjawan peruntukan terdahulu bagi memastikan dana tersebut digunakan secara berhemah. Kementerian akan sentiasa memantau bagi memastikan proses penggunaan dana adalah telus,” katanya.

Mengulas lanjut, Kamalanathan berkata 368 buah sekolah bantuan kerajaan telah menerima bantuan sebanyak RM66.5 juta melalui Belanjawan 2015 dan 2016.

Beliau turut merakamkan penghargaan dan mengucapkan terima kasih kepada perdana menteri dan Presiden MIC Datuk Seri Dr S.Subramaniam atas komitmen kerajaan dalam memartabatkan imej dan infastruktur SJKT.

Dalam perkembangan lain, Kamalanathan sekali lagi mengingatkan pengurusan sekolah agar tidak menyembunyikan kes buli dengan alasan demi menjaga nama baik sekolah, dan tindakan tegas boleh diambil ke atas guru besar jika berbuat demikian.

“Kes buli melibatkan 10 pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah di Kunak, Sabah masih dalam siasatan polis dan kementerian akan akur kepada keputusan itu (siasatan polis),” katanya. – BERNAMA

Loading...

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT

Sekianlah artikel K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel K’jaan Mula Agih Peruntukan RM25 Juta Kepada 157 SJKT dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/kjaan-mula-agih-peruntukan-rm25-juta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :