KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’….

KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’…. - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’…., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’….
link : KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’….

Baca juga


KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’….

Bagi yang gatal mulut nak cetus keraguan mengapa bekas Pengerusi Felda dan bekas Pengerusi Felda Investment Corporation (FIC)  tidak kena gari semasa dibawa ke mahkamah di Putrajaya untuk permohonan reman semalam.Rabu…sila dengar apa kata Ketua Persuruhjaya SPRM,Datuk Dzulkifli Ahmad ini.

“Lim Guan Eng tak pernah kena gari…tak pernah pakai baju oren,” ? katanya sebagai jawab soalan wartawan di sidang akhbar selepas majlis Ikrar Bebas Rasuah warga Universiti Islam Antarabangsa di Gombak Khamis.

Beliau menjelaskan soal gari seseorang yang ditahan itu bergantung pada budibicara pegawai penguatkuasa SPRM yang bertugas waktu itu.

Dzulkifli merujuk kepada kes Ketua Menteri Pulau Pinang yang tidak kena gari atau pakai baju oren ‘ lokap SPRM’ semasa ditahan dan direman kes rasuah dan salahgunakuasa baru-baru ini.

Isa pula kena pakai baju oren SPRM semasa proses permohonan reman untuk siasatan kes FIC beli hotel di London dan Kuching.

Cuma beliau tidak bergari.

“Saya percaya pegawai saya dalam laksana budibicara ( tak kena gari ) ada alasan yang manasabah,”katanya.

Mengenai dakwaan peguam pembangkang adalah salah dari segi undang-undang mengenakan pakaian baju oren pada mereka yang ditahan,beliau minta mereka tunjuk dibawah undang-undang mana kata ia salah.

“Mana undang-undang dia rujuk ini?” ,beliau bertanya.

Menurutnya mereka bebas bawa hal itu ke mahkamah jika nak pertikainya.

Ditanya mengenai dakwaan puak pembangkang kononya kes penahanan Isa cuma lakonan sahaja,Dzulkifli kata mereka boleh cakaplah apa saja.

“Bukan senang nak berlakon ni…rakyat semua tengok…kita ada peguam-peguam handalan…apa pulak nak berlakon,”katanya.

Antara lain mereka bawa mulut konon kes Isa cuma satu lakonan untuk meredakan kemarahan peneroka Felda dan juga lakonan menjelang pilihanraya umum.

Malah ada yang main hentam dakwa cukup yakin Isa akan dibebaskan dari kes ini.

Jawab soalan lain Dzulkifli mengesahkan bahawa penahanan Isa adalah berkaitan kes FIC beli hotel dan bukan pasal Felda Global Ventures (FGV).

Kepada soalan lain beliau menjelaskan SPRM cuma buat penahanan bila sudah ada kes kukuh.

Ditanya apakah SPRM akan bekukan aset Isa…Dzulkifli menjelaskan para pegawainya sedang bertungkus lumus selesaikan siasatan.

Katanya jika ada keperluan tindakan sewajarnya akan diambil.

Apakah keluarga Isa juga akan disiasat?

Jawab hal ini Dzulkifli kata beliau enggan ulas apa-apa kerana proses siasatan masih berjalan.


Demikianlah Artikel KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’….

Sekianlah artikel KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’…. kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KP SPRM jawab dakwaan kes Isa Samad ‘hanya lakonan’…. dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/kp-sprm-jawab-dakwaan-kes-isa-samad.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :