KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru

KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru
link : KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru

Baca juga


KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru

Gambar hiasan
KEMENTERIAN Pendidikan mengenal pasti empat faktor iaitu pemakanan, persekitaran, teknologi dan kemasyarakatan menjadi penyebab kepada tindakan luar kawalan pelajar sehingga tercetus kes buli dan memukul guru.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahadzir Khalid berkata, empat faktor itu yang saling berkaitan menjadi penyebab tindak tanduk pelajar kini semakin melampau sehingga berlaku pelbagai kes buli dan pukul cikgu.

"Mungkin kerana faktor pemakanan diambil pelajar itu, teknologi disalahguna mereka, persekitaran tidak sihat dan kemasyarakatan itu menjadi punca mereka bersikap sedemikian sehingga ada yang tergamak memukul guru sendiri berbanding pelajar dulu yang jarang wujud kes seperti ini.

"Dalam kes pukul guru ini, jelas pelajar itu melanggari etika kerana pokoknya takkan pelajar boleh pukul cikgu dan itu satu tindakan salah... tak boleh pelajar sampai ke tahap itu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Perasmian Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap di Kuala Nerang, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kes dilaporkan media mengenai pelajar tingkatan dua yang didakwa memukul guru selepas menegurnya kerana menggunakan perkataan kesat di dalam kelas di sekolah di Melaka baru-baru ini.

Mahadzir berkata, dalam kes itu, beliau masih belum menerima laporan penuh punca kejadian itu terjadi sama ada ia dimulakan pelajar itu atau guru terbabit.

"Pihak PPD (Pejabat Pendidikan Daerah) dan pengetua perlu mengambil tindakan namun dalam apa cara sekalipun tindakan pelajar itu tetap salah.

"Umpama permainan bola sepak, kalau dari segi peraturan kamu tolak pengadil dalam padang sama ada kamu bersalah atau tidak tetap dianggap melanggari peraturan dan boleh dikenakan tindakan... begitu juga peraturan sekolah," katanya.


malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru

Sekianlah artikel KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel KPM kenal pasti 4 faktor punca kes buli, pukul guru dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/kpm-kenal-pasti-4-faktor-punca-kes-buli.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :