Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS

Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS
link : Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS

Baca juga


Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS

KUALA LUMPUR: Majlis Sumber Air Negara bersetuju meluluskan cadangan mengguna pakai Garis Panduan Pengurusan Keselamatan Empangan di Malaysia (MyDAMS) sebagai panduan pengurusan keselamatan empangan yang sistematik setanding dengan peringkat antarabangsa.

Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang turut dihadiri menteri terlibat dan timbalannya, Menteri Besar dan Ketua Menteri, Ketua Setiausaha Kementerian dan Ketua Jabatan.

Dalam satu kenyataan, Ahmad Zahid berkata, MyDAMS akan berfungsi sebagai garis panduan kepada pemilik atau operator empangan dalam membangunkan program pengurusan keselamatan empangan dan menyeragamkan pelbagai garis panduan sedia ada yang sedang diguna pakai ketika ini.

"Secara keseluruhannya, pengurusan sumber air negara memerlukan kerjasama jitu oleh pelbagai pihak.

"Kerajaan negeri perlu memastikan kawasan tadahan air dipelihara daripada sebarang aktiviti pembangunan tidak terkawal termasuk pertanian yang boleh menjejaskan sumber air," kata kenyataan itu lagi.

Mesyuarat Ke-12 Majlis Sumber Air Negara itu juga mencadangkan kerajaan negeri membantu mempercepatkan proses pengambilan balik tanah projek-projek di bawah Program Bekalan Air Luar Bandar (BALB) oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Mesyuarat turut membincangkan pemakaian Piawai dan Kriteria Kebangsaan Kualiti Air Tasik (NLWQS) yang telah dibangunkan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM).

Selain itu, ia turut mengenal pasti beberapa kaedah penyimpanan air mentah di hilir sungai berbanding pembangunan infrastruktur di kawasan hulu sungai.

Pada masa sama, mesyuarat menyentuh mengenai penggunaan Pangkalan Data Tasik (MyLake) yang telah dibangunkan NAHRIM bagi penyimpanan data tasik.

Justeru, bagi menangani krisis air, rakyat juga perlu diberi maklumat yang tepat dan mudah difahami melalui strategi komunikasi yang berkesan agar rakyat mengetahui tindakan yang bakal diambil kerajaan.

Sementara itu, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam sidang media selepas itu berkata, MyDAMS akan diguna pakai 104 empangan seluruh negara.

"Garis panduan ini nanti secara rasmi akan diguna pakai untuk 104 empangan seluruh negara yang dipunyai oleh beberapa kementerian.

"Jadi dalam keadaan sedemikian tiada SOP untuk keselamatan bersama, maka setelah dilihat maka majlis setuju untuk diguna pakai," jelasnya.

Kata beliau, satu perundangan juga akan digubal dan ia masih dalam dalam Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang diolah bersama dengan KETTHA.

"Maka saya setuju supaya ia diurus bersama oleh sekretariat yang menguruskan keselamatan empangan ini.

"Undang-undang ini untuk qualified peraturan ini dengan tambahan lain. Namun Pengerusi Majlis Sumber Air Negara telah dapatkan semua pandangan semua pihak yang hadir," ujarnya.

malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS

Sekianlah artikel Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Majlis Sumber Air Negara lulus penggunaan MyDAMS dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/majlis-sumber-air-negara-lulus.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :