NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG

NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG
link : NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG

Baca juga


NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) menggesa pihak polis untuk bertindak segera ke atas laporan yang telah dibuatnya berkenaan tempat lahir sebenar penasihat DAP Lim Kit Siang.

Presiden PMSP, Ramesh Rao berkata NGO itu membuat laporan itu pada 9 Ogos di Petaling Jaya, Selangor kerana NGO itu bimbang bahawa Lim, dalam pelbagai acara, telah enggan untuk menjawab soalan mengenai tempat kelahirannya yang sebenarnya.

“Kami telah menerima maklumat daripada ahli-ahli veteran DAP bahawa Lim dilahirkan di Fujian, China dan datang ke Malaysia pada tahun 1957. Beliau telah berkata sebelum ni bahawa beliau dilahirkan di Batu Pahat, Johor dan dalam acara yang berbeza beliau berkata beliau dilahirkan di Pulau Pinang dan Melaka.

“Ini penting kerana sebagai anggota Parlimen, beliau mempunyai banyak rahsia dan maklumat mengenai Malaysia.

“Kami bimbang beliau boleh berkongsi maklumat ini dengan orang-orang dari luar negara, yang mana boleh menjejaskan kedaulatan dan keselamatan negara,” kata Ramesh.

Beliau berkata beliau hairan mengapa Lim terus menolak untuk menjawab soalan mudah itu.

“Adakah beliau mempunyai sesuatu untuk disembunyikan atau adakah beliau mempunyai rancangan?” kata Ramesh ketika berbicara kepada media selepas bertemu dengan pegawai dari pejabat polis Batu Pahat mengenai laporan itu di sini hari ini.

Beliau berkata jika siasatan mendapati Lim sebenarnya dilahirkan di China, organisasi itu akan meminta Suruhanjaya Pilihan Raya untuk memecatnya sebagai ahli Parlimen dan untuk Jabatan Pendaftaran Negara untuk membatalkan kewarganegaraannya.

“Kami juga akan menghantar memorandum kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar untuk meminta Baginda untuk mengusir Lim dari Johor,” kata Ramesh.

Pada 2 Ogos, Ramesh dipetik oleh New Straits Times sebagai berkata bahawa laman Wikipedia Lim telah menyatakan bahawa beliau telah “tiba di Malaysia pada tahun 1957” ketika halaman itu diakses pada bulan lepas.

Bagaimanapun, beliau mendakwa laman tersebut telah kemudiannya diedit oleh “Shensihao” dan maklumat mengenai kedatangan Lim telah dipadamkan.

Lim masih belum menjawab isu itu sejak persoalan itu dinaikkan oleh Ramesh. Semasa sidang akhbar di Parlimen pada 2 Ogos, Lim memarahi wartawan apabila mereka menyoalnya tentang isu itu.


Demikianlah Artikel NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG

Sekianlah artikel NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NGO GESA POLIS SEGERA SIASAT TEMPAT LAHIR SEBENAR LIM KIT SIANG dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/ngo-gesa-polis-segera-siasat-tempat.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :