NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR....

NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR.... - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR...., kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR....
link : NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR....

Baca juga


NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR....

Datuk Seri Nazri Aziz dan Tan Sri Noh Omar sudah memberi persetujuan awal sebagai panel dalam program ‘Nothing To Hide 0.3’ di barisan kerajaan, manakala jemputan kepada empat panel dari pembangkang bakal dihantar dalam masa terdekat.

Penganjur, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata kelainan yang dibuat dalam program ini adalah membabitkan kedua-dua belah pihak supaya rakyat dapat menilai sendiri hujah mereka.

“Di pihak kerajaan, setakat ini Nazri dan Noh sudah beri jawapan dan tinggal dua orang lagi iaitu Shabery Cheek dan Razali Ibrahim.

“Manakala jemputan untuk di pihak pembangkang kita akan hantar dalam masa yang terdekat,” kata Pengerusi Gabungan-Gabungan NGO itu ketika dihubungi BNBBC.my portal.

Jamal sebelum ini mengumumkan forum ‘Nothing To Hide 0.3’ yang bakal diadakan di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur pada pertengahan September ini.

Ia bertujuan bagi memberi penjelasan kepada rakyat tentang persoalan yang timbul khususnya tempat kelahiran pemimpin DAP dan beberapa isu besar yang berkaitan dengan negeri Selangor.

Di barisan pembangkang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng serta Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dijemput menjadi panel.

Namun ketika dihubungi sebentar tadi, Jamal berkata seorang lagi yang turut dijemput adalah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sementara itu beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar akan menghantar surat rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur bagi tujuan permohonan lokasi.


Demikianlah Artikel NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR....

Sekianlah artikel NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR.... kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel NOTHING TO HIDE 3.0 : DUA PEMIMPIN BERSETUJU HADIR.... dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/nothing-to-hide-30-dua-pemimpin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :