PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG

PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG
link : PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG

Baca juga


PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG

DAP menyifatkan Pas sebagai ‘burung belatuk’ selepas mereka dikatakan berpuas hati dengan penjelasan yang dibuat berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata pihaknya sangsi sama ada Pas benar-benar jelas dengan isu berkaitan 1MDB sebagaimana yang hebat ditentang pakatan pembangkang sebelum ini.

Pas katanya seolah -olah senada dengan UMNO apabila menzahirkan rasa puas hati sedangkan mereka tidak memberikan penjelasan lanjut mengenai pendirian sebenar mereka selepas sesi pendengaran mengenai 1MDB itu.

Guan Eng yang Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, sepatutnya Pas lebih fokus dan berani menyoal Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB Arul Kanda Kandasamy berhubung isu yang masih tidak jelas berhubung 1MDB dan bukan sekadar berpuas hati dengan penjelasan dibuat.

Tambah Guan Eng, Arul Kanda sepatutnya menjelaskan segala perkara yang menjadi kontroversi selepas ia dibangkitkan oleh Ahli Parlimen DAP Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Katanya, banyak perkara boleh dibangkitkan antaranya mengenai peranan yang dimainkan oleh hartawan kelahiran Malaysia Jho Low dalam 1MDB itu sendiri.

“Adakah mereka tanya peranan yang dimainkan Jho Low. Mengapa tidak minta Jho Low balik untuk disiasat atau minta Jho Low pulangkan duit yang dia sudah ambil,” katanya lagi.

Guan Eng berkata demikian pada sidang media di pejabatnya di Komtar, George Town pada Selasa.

Pada Isnin, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memaklumkan parti itu berpuas hati dengan hasil sesi meja bulat bagi membincangkan isu 1MDB dan menerima penjelasan oleh Arul Kanda mengenai pelan rasionalisasi yang dicadangkan beliau bagi mengatasi kemelut 1MDB. – Awani


Demikianlah Artikel PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG

Sekianlah artikel PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS IBARAT ‘BURUNG BELATUK’, KATA LIM GUAN ENG dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pas-ibarat-burung-belatuk-kata-lim-guan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :