PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin

PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Bola Sepak, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin
link : PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin

Baca juga


PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin

KOTA BHARU: PAS pernah menyarankan agar Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Kampung Memali di Baling, Kedah, untuk menghilangkan prejudis dan marah penduduk kampung itu tentang tragedi berdarah yang berlaku 32 tahun lalu itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata saranan itu dibuat menerusi beberapa pertemuan dengan parti berkenaan sebelum ini.

Bagaimanapun ujarnya, selepas perkara itu disuarakan kepada Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk disampaikan kepada bapanya yang juga pengerusi PPBM, tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir.

“Tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir sehinggalah ia dibangkitkan kembali oleh individu dalam program 'Nothing To Hide 2.0' di Shah Alam, Selangor baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Ahli Parlimen Kota Bharu berkata kekecohan pada program itu mungkin boleh dielakkan selain menyelesaikan banyak perkara lain jika Dr Mahathir mengadakan lawatan ke Kampung Memali.

"Meskipun ia kes lama tetapi selagi ia tidak diselesaikan, walau berapa lama sekalipun, selagi itulah ia akan diperkatakan,” katanya.

Beliau berkata PAS sejak dahulu mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan mewujudkan inkues berkaitan tragedi terbabit.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man baru-baru ini juga menyarakan kerajaan menubuhkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat tragedi tersebut.

Ujarnya, penubuhan suruhanjaya itu penting memandangkan timbulnya pelbagai kenyataan yang bercanggah dengan fakta mengenai tragedi itu.


Demikianlah Artikel PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin

Sekianlah artikel PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel PAS pernah saran Tun M lawat Memali namun tiada tindak balas - Takiyuddin dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pas-pernah-saran-tun-m-lawat-memali.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :