Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC

Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Artis Malaysia Terkini, Artikel Bola Sepak, Artikel Khabar Malaysia, Artikel Malaysia News, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC
link : Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC

Baca juga


Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:

Pelbagai taktik digunakan individu yang panjang tangan untuk menjayakan rancangan mereka tidak kira di mana. Seorang netizen bernama Muhamad Hafiz Rejab berkongsi pengalamannya dan isteri menjadi mangsa penyeluk saku di Suria KLCC baru-baru ini.

Hafiz telah memuat naik sebuah rakaman video menunjukkan taktik licik penyeluk saku tersebut. Menurutnya, ketika kejadian dia bersama isteri dan ibunya sedang membeli belah di sebuah butik pakaian terkenal, ZARA sebelum menyedari dompet isterinya hilang.

“Dompet isteri dengan duit dan segala kad penting telah dicuri. Muka suspek sangat jelas dan telah banyak kes berlaku di sini dengan modus operandi yang sama.”



Melalui rakaman itu, dua wanita dipercayai berusia lebih kurang 40-an dilihat menghampiri pasangan itu sambil berpura-pura memilih pakaian. Salah seorang wanita berdiri di hadapan mereka bagi mengaburi mata dan melindungi kegiatan mereka daripada diperhatikan pelanggan lain.

Sumber: Facebook Sumber: Facebook

Wanita yang berada berdekatan mereka kemudian perlahan-lahan menghimpit mangsa yang sedang memilih pakaian. Dia kemudian menyeluk beg tangan mangsa sambil memegang sehelai baju untuk menutup tindakannya itu.

Kedua-dua mereka boleh dilihat seperti tidak menyedari keberadaan wanita tersebut di belakang isterinya. Hafiz juga tidak menolak kemungkinan bahawa dua wanita berkenaan menggunakan ilmu pukau memandangkan ibunya juga tidak menyedari kehadiran mereka.

“Sangat licik perbuatan mereka mungkin menggunakan ilmu pukau, sebab saya dan isteri memang tidak menyedari langsung perbuatan licik tersebut semasa kejadian walaupun isteri dihimpit seperti di dalam video.”

Sumber: Facebook

Netizen yang menonton video itu menasihati mereka supaya lebih berhati-hati dengan barangan peribadi dan ada juga yang menegur pasangan tersebut kerana menurut mereka, Hafiz dan isteri cuai ketika kejadian.



Hafiz bagaimanapun menjawab,

“Isteri saya nampak dia (suspek) dan rasa dihimpit, tetapi jadi kaku dan saya langsung tak nampak kelibat dua wanita itu. Perhatikan balik video itu, ibu saya yang lalu di situ, bertudung kuning juga tidak nampak kelibat mereka. Ya, mungkin kami bertiga lalai.”

Selepas membuat laporan polis dan didedahkan dengan rakaman CCTV, Hafiz membuat keputusan untuk memuat naik video tersebut dengan tujuan memberi peringatan kepada orang lain.

“Hati-hati kepada pasangan yang ada anak kecil sebab sasaran dia (penyeluk saku) memang lebih kepada keluarga,” pesan Hafiz sambil turut menyatakan bahawa isterinya masih dalam keadaan trauma disebabkan insiden itu.

Tonton rakaman video itu di bawah:



Tak kira di mana anda berada, pastikan anda jaga barangan peribadi terutama beg tangan dengan lebih cermat.

Baca: Rakaman CCTV Dedah Taktik Kumpulan Penyeluk Saku Curi Telefon Bimbit Dalam Masa 10 Saat di Pavilion

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC

Sekianlah artikel Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pasangan Suami Isteri Dakwa Dipukau Penyeluk Saku Ketika Beli Belah di KLCC dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pasangan-suami-isteri-dakwa-dipukau.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :