Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu

Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu
link : Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu

Baca juga


Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu


BIRMINGHAM – Pihak polis England berjaya menahan seorang pelajar jurusan sains komputer dan akan didakwa pada bulan hadapan atas plot jahat untuk perkosa gadis bawah umur.

Saiel Bashar dikatakan sanggup datang sejauh 160 kilometer dari tempatnya, di London ke sini kerana rancang menemui seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dan akan rogol di rumah ketika ketiadaan ibu remaja itu.

Bashar telah ditangkap di luar stesen kereta api, Sutton Coldfiend oleh sekumpulan individu yang memburu golongan pedofilia di sana. Mereka gelar kumpulan itu sebagai ‘Paedo Hunters Not Glory Hunters’.

Kumpulan itu telah merakam kejadian itu dan menunjukkan kepada pelajar itu bahawa selama ini dia telah bermesej dengan mereka yang menggunakan akaun palsu.

Suspek berusia 23 tahun itu juga telah menghantar mesej berbaur lucah selama seminggu sebelum dia merancang untuk ke rumah remaja itu dah meragut kesuciannya.

Bashar juga telah meminta maaf dan dia merayu agar dapat dilepaskan serta sanggup bersumpah atas nama ibunya yang dia tidak akan mengulangi semula perbuatan terkutuk itu.

Namun, kumpulan berkenaan telah menyelongkar telefon bimbit Bashar dan menemui sebanyak 300 halaman lucah yang ditonton olehnya.

Dia juga telah menawarkan habuan telefon bimbit kepada mangsanya selepas mendapatkan khidmat seksual yang diberikan itu.


Pelajar ini juga dikatakan merancang untuk membuat persiapan dengan cara membeli kondom dan tisu basah sebelum ke rumah ‘gadis’ tersebut kerana dikatakan ibunya bekerja syif malam.

Bashar juga telah mengaku bahawa dia merupakan pelajar antarabangsa dari Afghanistan dan dia telah menafikan dakwaan bahawa kononnya dia gemar melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak.

Selepas berjaya ditangkap, dia akhirnya mengaku atas perbuatannya yang ingin bertemu dengan mangsa bagi tujuan melakukan hubungan seks.

Rakaman itu telah dikongsikan di Facebook dan disiarkan secara live pada Jumaat lalu dan mendapat tontonan slebih dari 440,000 kali.

“Tuan, tolonglah. Seumur hidup saya, saya tidak akan buat perkara seperti itu,”kata Bashar yang menafikan tuduhan kononnya dia adalah lelaki pedofilia.

“Awak berada di sini sekarang. Apa yang awak buat ini adalah bertentangan dengan undang-undang. Berdasarkan undang-undang negara kami, kami tidak boleh menerima apa yang awak lakukan,” kata salah seorang ahli kumpulan berkenaan.

Akhirnya Bashar telah ditangkap oleh pihak polis yang tiba di lokasi kejadian.

“Bashar dari Stanmore, London, ditangkap pada 11 Ogos lalu di Sutton Coldfield. Dia didakwa merancang pertemuan dengan kanak-kanak bawah usia 16 tahun dengan tujuan melakukan hubungan seks.”

“Bashar mengaku bersalah di Mahkamah Birmingham Crown pada Isnin lalu dan kini direman untuk siasatan dan akan dibicarakan semula pada 11 September,”katanya. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu

Sekianlah artikel Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pedofilia Mahu Rogol Gadis Mentah Dicekup Pemburu dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pedofilia-mahu-rogol-gadis-mentah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :