Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik?

Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik? - Hallo sahabat Malaysiaway, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Malaysia, Artikel News, Artikel Perniagaan, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik?
link : Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik?

Baca juga


Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik?


BANDA ACEH – Tak habis lagi dengan protes tentang isu salah cetak bendera Indonesia dalam buku cenderahati sempena majlis perasmian Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur 2017.

Pada Selasa yang lalu, media Serambinews.com melaporkan terdapat sejumlah pelajar tempatan di Kabupaten Aceh Barat telah membakar bendera Malaysia di Jalan Gajah Mada, Meulaboh dekat sini.

Pelajar ini benar-benar melampau kerana masih lagi simpan dendam sejak insiden bendera itu berlaku. Padahal pemimpin negara mereka sudah menerima permohonan maaf dari Menteri Belia Dan Sukan, Khairy Jamaludin.

Bukan hanya membakar sahaja, mereka juga bertindak biadab apabila sengaja terbalikkan Jalur Gemilang sebelum dibakar. Kejadian itu juga disaksikan oleh ramai pengguna jalan raya.

Namun ada penduduk tempatan Aceh mendakwa bahawa mereka bukannya pelajar dari wilayah itu berdasarkan raut wajah mereka tapi berasal dari Jawa. Namun tiada kepastian yang dapat dikatakan mengenai hal itu.

Ya, sememangnya isu bendera ini sangat sensitif bagi rakyat Indonesia. Kerana bendera itu ibarat maruah mereka sendiri. Tapi perkara ini tidak perlu dilanjutkan lagi seakan-akan tiada penghujungnya.

Inikah balasan yang kita dapat selepas bantu mereka sewaktu kejadian tsunami yang melanda Aceh ketika tahun 2004 lalu? Jelas sekali isu yang telah berlaku itu merupakan insiden yang tidak disengajakan oleh sesiapa pun.




Seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Khalil Poetra telah memuat naik permohonan maaf selaku wakil penduduk Aceh kepada seluruh rakyat Malaysia di atas tindakan individu yang tak bertanggungjawab itu.

Namun ada juga sesetengah penduduk warga Aceh yang menentang dan mengutuk keras sesetengah masyarakat Indonesia yang lantang bersuara tanpa berfikir.

Malah mereka yang berfikiran positif ini turut mengenang kembali jasa baik negara kita yang telah membantu mereka ketika musibah tsunami terburuk yang pernah melanda mereka.

Mungkin perkara ini sudah boleh dihentikan kerana ianya kelihatan sangat menjengkelkan akibat asyik berterusan. – MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
malaysiaway.blogspot.com


Demikianlah Artikel Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik?

Sekianlah artikel Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Pelajar Aceh Protes, Bakar Bendera Malaysia Terbalik? dengan alamat link https://malaysiaway.blogspot.com/2017/08/pelajar-aceh-protes-bakar-bendera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :